Pernah Tengok Lelaki Terbujur Kaku Di Tepi Jalan Yang Gelap?

Kisah ni berlaku hampir 10 tahun lepas semasa saya masih belajar di UTM.

Pada suatu malam, saya dan sahabat saya Jie naik motorsikal untuk ke rumah kawan di Taman Teratai. Kami melalui jalan lama di sebelah Pulai Springs Resort.

Jalan tu agak gelap dan jarang dilalui oleh kenderaan lain.

Lebih kurang macam ni la jalannya

Dalam perjalanan, kami nampak seorang lelaki terbujur kaku di tepi jalan. Dia tercampak jatuh dari motor dia sebab terlanggar pokok.

Masa tu kitorang takut sangat. Rasa macam nak berhenti untuk check keadaan lelaki tu, tapi kami takut sangat. Jadi kami teruskan perjalanan ke rumah kawan.

Urusan kat rumah kawan tu tak lama sebab kami cuma nak hantar barang je.

Dalam perjalanan balik, kami sengaja lalu semula di jalan tadi. Masa ni memang dah nekad. Nak check keadaan lelaki tu dan nak hubungi polis.

Mujurlah masa kami sampai tu polis dah ada. Dan mujur jugak lelaki tu masih hidup cuma tak sedar kerana hentakan yang terlalu kuat.

Setiap kali lalu jalan tu memang saya ingat pengalaman ni. Ngeri…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *