Permulaan Yang Baik

Hari ni rasa okay sikit.

Pagi-pagi dah terima invoice baru dari shipping ejen.  Dah forward pada Fedex. Dan Fedex pun dah call.

Sekarang tengah tunggu berapa jumlah tax yang perlu dibayar.

Yang pastinya jumlah tu adalah lebih rendah dari semalam. So okaylah tu.

Lagipun bila dah masuk tax, harga barang tu pun masih murah lagi dan masih boleh bagi margin keuntungan yang tinggi.

So, fine. Dah malas nak fikir lebih-lebih pasal ni.

 

Semalam tetiba rasa nak pergi ke Guangzhou dalam bulan depan sebab shipping cost dari Guangzhou jauh lebih murah berbanding shipping cost dari Vietnam.

Tapi bila cek tiket, boleh tahan mahal. Dahlah tuan punya badan pun dah makin sarat ni. Adoiiiii…

 

Hari ni Ali tak sekolah. Sekolah dia cuti sampai hari Selasa depan. Bila tengok gelagat Ali, rasa terhibur sangat. Rasa kecik je masalah lain bila anak-anak membesar depan mata dengan sihat dan selamat.

 

Semalam dah hantar shawl baru ke Bangi. Pukul 2 petang ni nak shoot. Dan malam ni dah boleh upload. Excited!! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *