Perlu Ke Anak-Anak Diberikan Asas Agama Yang Kukuh?

Perlu sangat.

Masa kecik-kecik dulu, dalam ramai-ramai adik beradik, saya telah dihantar ke sekolah agama swasta.

Masa tu mak saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang rapat dengannya.

Masa tu saya tak suka sangat. Saya nak sangat bersekolah di sekolah biasa. Boleh nyanyi. Boleh pakai seluar. Boleh kawan dengan budak lelaki.

Tapi bila dah besar ni, saya rasa ada perbezaan ketara antara saya dan adik beradik saya yang lain.

Bukan nak kata saya baik.

Tapi ikhlas saya cakap, saya memang rasa lain sangat. Saya tak terlalu sukakan hiburan. Tak suka tengok tv. Tak suka dengar radio. Tak suka tengok rancangan lawak bodoh. Tak suka tengok filem hantu.

Saya pun tak suka pergaulan bebas. Tak suka orang tak tutup aurat. Tak suka orang tak senonoh. Tak suka menunjuk. Tak suka benda yang tak baik.

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Allah pilih saya untuk belajar di sekolah agama masa kecik-kecik dulu. Walaupun masa remaja saya agak nakal, tapi bila dah dewasa saya kembali berusaha untuk jadi muslimah yang solehah.

Sebab itu, saya pun pilih untuk hantar anak-anak bersekolah di sekolah agama swasta. Saya yakin ia adalah pilihan yang tepat. Saya tak sanggup andainya suatu hari nanti anak-anak saya kurang soleh, dan saya menyesal sebab tak bagi didikan agama yang kukuh semasa diorang masih kecil.

2 thoughts on “Perlu Ke Anak-Anak Diberikan Asas Agama Yang Kukuh?

  1. alhikmah

    Salam FM, Syabas saya ucapkan dan teruskan berkhidmat untuk Allah kerana Allah berfirman didalam surah Muhammad ayat 7, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [agama] Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *