Perihal Mimpi..

Masa kecik-kecik dulu arwah umi saya pernah bercerita kisah mimpi. Kisahnya lebih kurang begini,

Seorang lelaki telah memberitahu kepada sultan,

Tuanku, kalau hamba dapat ramal apa yang akan tuanku mimpikan malam ni, apakah hadiah yang akan tuanku hadiahkan kepada hamba?

Pastu bila tuanku menjanjikan hadiah (saya tak ingat apa hadiahnya), lelaki tersebut pun berkata,

Baiklah tuanku, hamba ramal malam ni tuanku akan bermimpi tuanku berjumpa tempat yang dipenuhi dengan intan permata.

Dan tepat sekali, malamnya sultan bermimpikan perkara yang sama.

Esoknya sultan panggil dia ke istana nak minta dia membuat ramalan apakah mimpi sultan untuk hari berikutnya. Dan begitulah seterusnya sehingga dia menjadi kaya raya dan menjadi orang kepercayaan sultan.

 

Macamana dia boleh meramal mimpi?

Sebenarnya dia tidak boleh meramal mimpi. Tapi dia memberi input-input kepada minda separa sedar sultan dan menyebabkan minda separa sedar sultan bekerja sewaktu tidur dan menghasilkan mimpi yang sama dengan apa yang diramalkan.

Sebagai contoh semalam saya berfikir tentang,
1. Kisah kecurangan suami.
2. Berfikir untuk menghubungi cikgu Abang Adi (Cikgu Ana) bagi memaklumkan bahawa Abang Adi demam dan tidak boleh pergi ke sekolah.
3. Berfikir tentang nak cari pembantu rumah.
4. Berfikir untuk besarkan lagi group SMART Consultant Team.

Nak tahu apa yang saya mimpikan?

Saya bermimpi bahawa suami Cikgu Ana curang dengan pembantu rumahnya. Dan suaminya dulu merupakan ejen unit trust yang dah tak aktif dan sudah ‘terminated’.

Dalam mimpi tu, saya berjaya meyakinkan suami Cikgu Ana untuk mendaftar semula di bawah group saya dan menasihatkannya supaya menghargai pengorbanan Cikgu Ana.

Hahaha… kelakar tak?

Bila Abang Adi bangun tidur pulak, dia cakap dengan gembiranya,

Semalam kan Umi. Abang Adi mimpi umi belikan Abang Adi banyak sangat kereta remote control. Best sangat main kereta remote control.

Hahahaha!

Mungkinkah kat bawah ni mimpi Baby Ali semalam? 🙂

Untuk bacaan lanjut, boleh rujuk di sini.. http://www.2knowmyself.com/dream_interpretation/the_subconscious_mind_and_dreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *