Pergi Vietnam Lagi..

Sekarang saya berada di Airport Senai. Menunggu masa untuk berlepas ke KL dan seterusnya ke Vietnam. 🙂

Datang ke airport dengan menaiki kereta staf Benang Hijau yang bertugas hari ni. Balik malam esok pun insyaAllah dengan dia jugak.

Hihihi.. gembira sebab dapat jimatkan duit teksi. 🙂

Sekarang kedai di airport belum banyak barang. Tapi tak sabar sangat nak penuhkan kedai tu dengan barangan cotton yang comel comel. Nak letak beg cotton, sapu tangan cotton dan pelbagai produk dari kain cotton.

Excited sangat!!

Dulu memang sibuk fikir pasal prospek unit trust je. Tapi sekarang bila tengok kaum wanita, sibuk nak tengok jenis kain yang dia pakai, jenis baju yang dia pakai, jenis tudung, jenis beg dan segala-gala yang berkaitan dengan pakaian dan aksesori wanita.

Kelakar jugak hidup ni kan. Dalam masa yang singkat apa yang kita minat boleh bertukar. Eh, orang lain sama jugak ke? Atau saya sorang je yang macam ni? Hihihi..

Okay bye! Dah nak boarding…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *