Penting Sangat Ke Berapa Kali Lafaz Akad Nikah?

Menyampah sangat bila baca akhbar tentang majlis perkahwinan orang-orang popular ni.

Paling menyampah bila jumlah lafaz akad nikah jadi tajuk utama, seperti,

Fadzilah Mamat sah bergelar isteri kepada Mohd Ridzuan dengan sekali lafaz sahaja.

Pada saya maklumat ini sangat tak significant dan tak patut jadi tajuk utama.

Lebih baik,

Fadzilah Mamat sah bergelar isteri selepas 9 bulan berkenalan

atau

Fadzilah Mamat sah bergelar isteri hasil pertemuan yang dirancang oleh ibu bapa

atau apa-apa jelah.

Tapi tolonglah jangan guna tajuk kat atas tu. Memang rasa menyampah sangat.

Kebanyakan orang zaman sekarang lebih pentingkan majlis perkahwinan daripada perkahwinan tu sendiri.

Walaupun dah bersedia, tapi sebab tak mampu nak sediakan duit berpuluh ribu untuk majlis sehari yang tak mendatangkan faedah yang terlalu besar pada orang lain, ramai yang bercinta bertahun-tahun sebelum berkahwin.

Ibu bapa pun sama. Rela anak bercintan cintun ke sana sini dengan pasangan bertahun-tahun asalkan dapat buat majlis perkahwinan gilang gemilang macam orang lain.

Nauzubillah..

Saya tak setuju sangat.

Saya pun ada ramai kenalan yang dah bercinta bertahun-tahun, sudah memiliki kerjaya yang baik tetapi belum berkahwin kerana tak cukup budget untuk majlis perkahwinan.

Ada juga yang buat personal loan yang hanya akan habis selepas 15 tahun.

Ada juga yang habis berpuluh ribu dan bercerai lepas setahun.

Please stop this nonsense. Kalau mampu, go ahead. Tapi kalau tak mampu, buatlah majlis secara sederhana. Tak perlu nak dengar kata-kata orang yang tak penting.

Kita nak impress siapa sebenarnya? Pertama, penting sangat ke orang yang kita nak impress tu? Kedua, apa yang kita dapat bila kita impress orang? Ketiga, berbaloi ke impress orang untuk sehari tetapi menanggung beban sehingga berbelas tahun?

Waduh.. agak emo di situ. Maaf jika artikel ini menyinggung sesiapa.

 

2 thoughts on “Penting Sangat Ke Berapa Kali Lafaz Akad Nikah?

  1. Jie

    aku sokong article ni…kdg2 aku dengar ada yang komplen..’eh artis A ni punya kad kawin tak cantik la ..biase2 je…’

    pada aku, kad kawin tu tak penting sangat la…yang penting isinya..kita pnat2 habis duit buat kad kawin mahal2, dah habsi event orang buang
    dlm tong sampah jugak.

    bila dah kawin ni baru pikir semua tu…huhuhu…my bad

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Betul. Isi lebih penting. Dan memang betul orang buang je. Tak pernah dengar lagi ada orang buat koleksi kad kahwin. Hehehe..

      Anyway, thanks for your comment Jie. Jemput singgah dan komen selalu ya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *