Pengorbanan

Tadi berbual dengan Cik Puan PA saya yang tersayang.

Dia kata pagi tadi masa dia datang ke rumah untuk buat kerja, Baby Ali bangun tidur dan cakap..

Nak Umi…

Aduhai…

Sebak sangat dengar. Memanglah baru je lepas bawa dia pergi Gambang selama dua hari. Tapi tetap rasa sedih.

Memang kalau boleh taknak tinggalkan anak-anak.

Nak duduk rumah dan bertepek je dengan diorang.

Tapi, kalau macam tu, macamana saya nak menjalani hidup yang lebih baik kan.

Semalam saya dan suami pergi ke KL untuk setup cawangan baru Benang Hijau di Bangi dan Shah Alam.

Plan nak pergi sekejap je. Kononnya nak bertolak balik ke JB sebelum pukul 4 petang.

Pagi tadi saya dan seorang kawan saya attend seminar di SKMM.

Saya tahu pasal seminar ni pun dah last minute. Tak plan nak pergi. Tapi alang-alang dah berada di KL, pergi jelah kan.

Seminar kat Cyberjaya. Start pukul 8.30 pagi. Kawan saya pulak tinggal di Jalan Klang Lama dan takde transport nak ke sana.

Jadi, pukul 12.30 malam saya pergi ambil dia di rumahnya dan dia pun bermalam di kedai Benang Hijau Seri Kembangan.

Bila dah jumpa kawan, kami sembang-sembang sampai pukul 3 pagi. Pukul 7 pagi bangun, bersiap dan bertolak ke seminar.

Ingatkan pukul 11.30 dah settle. Rupa-rupanya lama jugak. Dalam pukul 2 baru settle.

Banyak info yang saya dapat dari seminar ni. Saya pun dah apply geran GMBO yang akan bagi RM1000 kepada usahawan online kecil-kecilan.

Ada cabutan bertuah 10 buah netbook. Saya dari awal dah visualize saya akan dapat satu. Memang visualize tahap gaban. Dan Alhamdulillah memang rezeki kami. Saya dan kawan saya dapat netbook sorang satu.

Kiranya berbaloi sangat kegigihan kami datang ke seminar tu. 🙂

Lepas seminar, balik berehat kejap dan lepas tu pergi ke Shah Alam.

Tiba dalam pukul 4.30 petang. Jumpa staf baru, bagi briefing dan terus gantung-gantung kain.

Dalam pukul 6, gerak ke Bangi pulak. Jalan jem sangat. Dalam pukul 7 petang baru sampai. Hati berbunga riang melihat signboard Benang Hijau dah siap terpasang.

20130416-233815.jpg

 

Pastu interview staf baru, dan gantung-gantung kain lagi.

Dalam pukul 9.30 malam dah settle semua. Pastu hantar kawan balik rumah dia. Pastu balik semula ke kedai Seri Kembangan.

Kiranya tak jadilah nak balik ke JB malam ni. Sebab ada beberapa benda yang masih belum settle di kedua-kedua kedai.

Semangat nak berniaga kan. Tapi lupa nak beli plastik, kod harga dan sebagainya. Jadi pagi-pagi esok nak keluar belikan semua benda yang berkaitan, hantar ke kedai-kedai dan barulah boleh balik ke rumah dengan tenang.

Eh panjangnya cerita.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Sememangnya bukan senang nak senang. Kena berkorban masa, tenaga dan emosi.

Kena sentiasa ceria dan tenang.

Kena pandai control macho.

Tak mudah melatah.

Kena percayakan orang.

Harap-harap pengorbanan kali ni akan menghasilkan kejayaan di masa akan datang. Tapi kalau tak okay pun, dapat pengalaman kan. Bak kata pepatah,

Experience is what you get when you don’t get what you want

Okay bye. Serius penat sangat. Sampai tak larat nak buat shake Herbalife sekalipun. Sekarang ni saya menaip sambil menyandar di sofa. Macam zombi pun ye.

Tak sabar nak balik rumah esok. Harap-harap kesibukan ni tak berpanjangan dalam tempoh yang lama. Sebab kerjaya terbaik adalah seorang ibu. Dan saya nak jadi ibu yang terbaik. Taknak jadi ibu yang tak penting dalam hidup anak. 🙁

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *