Pengalaman Pertama

Pagi tadi saya dan suami menemani seorang sahabat membuat rawatan menggunakan ayat-ayat suci al Quran.

Sahabat saya ni dah seminggu lebih sakit dan dah banyak kali pergi klinik dan mengurut tapi makin bertambah sakit.

Jadi saya syorkan dia untuk berjumpa dengan Ustaz Ahmadi yang merupakan suami kepada salah seorang peserta trip borong saya.

Apabila kami sampai, ustaz bertanya soalan-soalan tentang sakit yang dialami dan juga bertanya soalan tentang mimpi yang dialami sepanjang rasa sakit.

Selepas tu ustaz minta dia duduk berlunjur dan pejam mata. Dan pada masa tu ustaz kata confirm ada jin dalam badan dia.

Selepas tu ustaz membaca ayat-ayat suci al Quran untuk menyiksa jin. Bila ustaz bertanya, jin tak menjawab tetapi dia mengangguk, menggeleng dan juga mengangkat jari tangan mengikut arahan ustaz.

Selepas tu ustaz memukul bantal menggunakan tongkat dan pada masa ni sahabat saya menggelupur seolah-olah dia yang dipukul.

Setelah hampir dua jam rawatan, ustaz memasukkan jin ke dalam botol dan memberikan amalan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan gangguan jin di masa akan datang.

Ikhlas saya cakap, saya agak skeptikal pada mulanya. Tapi bila dah tengok depan mata dan ramai juga kenalan yang mengalami gangguan jin, saya mula percaya.

Kepada yang ada masalah gangguan jin, bolehlah cuba hubungi Ustaz Ahmadi. Ustaz Ahmadi merupakan pengamal perubatan Islam dan juga mengendalikan kem motivasi untuk remaja bermasalah.

Untuk mendapat contact number Ustaz Ahmadi dan maklumat tentang kem yang dijalankan, boleh rujuk di sini.. http://www.motivasisurvivor.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *