Pengalaman Bersalin

Mengandung anak pertama tahun 2003.

Umur saya 22. Kerja sebagai Test Technician.

Mengandung anak kedua tahun 2006.

Umur saya 25. Kerja sebagai Test Engineer.

Mengandung anak ketiga tahun 2010.

Umur saya 29. Kerja sebagai Unit Trust Consultant.

Mengandung anak keempat tahun 2014.

Umur saya 33. Kerja sebagai usahawan online.

 

Masa tengah sarat mengandung anak pertama (lagi seminggu sebelum bersalin), Β saya naik kereta kancil selama lebih 12 jam dari JB ke kampung suami di Pasir Mas. Kalau bukan disebabkan nak sambut raya, memang tak balik kot. Tapi takkanlah taknak balik raya kan.

Jadi tabahkan hati dan minda. Dan akhirnya sampai juga di kampung.

 

Empat hari lepas raya, saya selamat bersalin dan saya namakan anak pertama Muhammad Aidil Iqbal. Letak perkataan Aidil sempena bersalin lepas raya. Hihihi..

 

Bersalin di Hospital Kota Bharu dengan kakak suami yang merupakan Staff Nurse kat situ. Masuk hospital pukul 4 pagi sebab air ketuban pecah. Suami kelam kabut hantar ke hospital tapi pukul 8 pagi masih belum buka jalan.

Pastu doktor masukkan ubat untuk induce. Dalam pukul 10 dah mula rasa sakit. Pukul 12 tengahari dah masuk labour dan bersalin pukul 12 malam. Masa tu memang dah tak ada tenaga nak meneran. Rasa dah serik nak bersalin lagi. Susah ooo…

 

Masa anak kedua pulak bersalin di HSI, Johor Bahru.

Sakit perut tengah malam. Suami hantar pergi hospital. Pukul 7 pagi suami keluar kejap ke stesyen keretapi untuk ambil mak mertua dan adik ipar yang nak tolong jaga saya lepas bersalin.

Untuk kali kedua ni, saya taknak masuk labour room cepat sangat. Selagi boleh tahan sakit, saya tahan.

Dalam pukul 6.30 pagi rasa sakit sangat. Panggil nurse. Pastu dibawa ke labour room dan tak sampai setengah jam saya bersalin.

Suami pun terkejut sebab senang sangat. Dia ingatkan dalam tengahari baru bersalin.

Masa tu hari Isnin. Dalam pukul 9 bos telefon tanya tak masuk kerja ke. Saya pun cakaplah saya baru lepas bersalin. Hihihi..

Nasib dapat bos yang baik dan prihatin. Dia pun kata okay take care dan dia pun tak kacau saya sepanjang tempoh berpantang. πŸ™‚

 

Satu benda saya belajar pada masa ni adalah kita semua janganlah rasa kita ni penting sangat dalam satu-satu organisasi sebab sememangnya semua benda boleh berjalan lancar bila kita takde. Hihihi..

Sebelum bersalin tu kononnya saya ni penting la. Handle beberapa projek. Tapi masa cuti bersalin okay je. Boleh je diorang run tanpa saya.

Dan sebagai pemilik bisnes sekarang pun, saya cuba nak buat benda sama. Taknak terlalu bergantung pada mana-mana staf. Kalau dia takde pun takpe, bisnes tetap boleh berjalan lancar. Kalau boleh biar dengan saya sendiri takde pun takpe. Tapi buat masa sekarang macam belum boleh je. πŸ™‚

 

Bersalin anak ketiga pun sama di HSI JB. Saya memang check up kat sini dari awal mengandung jugak sebab ada masalah ovarian cyst.

Masa ni tengah aktif promosikan pelaburan unit trust kat internet. Masa tu kerjanya dok chat @ bercakap telefon dengan bakal pelabur dari seluruh Malaysia.

Siapa nak melabur, saya akan poskan borang dan lepas tu dia submit sendiri di bank.

Ada yang melabur berpuluh ribu dengan saya masa ni. Yang jadi ejen pun ramai. πŸ™‚

 

Malam sebelum masuk hospital tu, saya memang tengah chat dengan pelanggan. Pastu tetiba sakit perut sangat sampai tangan terlanggar laptop dan skrin pecah.

Pastu suami hantar pergi hospital.

Masa ni sedih jugak sebab tak ada tempat nak tinggalkan Abang Adi & Abang Iqbal. Kebetulan masa tu kami takde maid dan saya yang jaga diorang berdua sebab bekerja dari rumah je kan.

Padahal masa tu kakak saya duduk JB tapi kebetulan dia balik kampung. Adik perempuan pulak masa tu bermalam di rumah kawan dia.

Sedih sangat masa tu.

End up tumpangkan dua beradik dengan abang saya yang tinggal berdekatan area hospital. Masa tu abang saya ni sewa bilik je.

Saya pergi hospital dalam pukul 12. Abang datang ambil anak-anak. Dalam pukul 3 pagi masuk labour room dan dalam pukul 5 lebih saya bersalin. Pagi tu suami ambil anak-anak dari rumah abang sebab abang pun nak masuk kerja.

Alhamdulillah baby dan saya okay so tengahari tu jugak terus balik rumah.

 

Ini kali tak tahulah macamana.

Kalau nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni, memang mengandung kali ni dalam keadaan hidup yang lebih selesa.

Tapi dari segi kesihatan, paling teruk.

Dari awal mengandung, memang tak sihat sangat. Masuk 6 bulan sihat sikit. Dan sekarang ni dah masuk 8 bulan memang dah tak larat sangat.

Tak boleh gerak sangat. Tak boleh duduk lama-lama. Serba tak kena.

Mujurlah kerja sendiri dan pekerja datang rumah. Jadi relaxlah sikit. Tapi dari segi minda memang non stop kerja.

 

Due date saya pada 9 Mei ini. Kurang 3 minggu je lagi. Dan sebenarnya anytime je boleh beranak.

Jadi setiap hari memang penuh debaran. Kalau sakit perut sikit, suami dah risau.

Alhamdulillah kelengkapan untuk baby dah siap. Tu pun suami yang lebih semangat bershopping sebab saya memang dah tak larat nak menapak dalam shopping mall.

Outlet di KB Mall dan Mydin Kubang Kerian pun dah lama tak singgah. Mujurlah sales online pun okay sangat dan dah cukup buat saya sibuk sepanjang hari jadi tak la fikir sangat pasal nak bersalin.

 

Kali ni insyaAllah akan bersalin di KBMC. Bibik pun ada untuk jaga anak-anak masa saya bersalin. Hospital pun dekat dengan rumah. Makcik tukang urut lepas bersalin pun dah ada. Bisnes pun boleh run macam biasa. Production team pun akan datang buat kerja kat rumah macam biasa dan saya pun tetap boleh pantau walaupun tengah berpantang.

Memang dah okay sangat dah. Harap-harap proses bersalin pun mudah dan lancar. πŸ™‚

 

Serius tak sabar nak sambut kelahiran anak keempat yang dijangka merupakan seorang baby girl.

Dah siap belikan baju untuk baby girl. Kalau keluar baby boy, nasib la… Hahaha!

2 thoughts on “Pengalaman Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *