Pendapat Saya Tentang Kemerosotan Minat Pelajar Dalam Jurusan Sains & Matematik

Tadi terbaca artikel berikut di Berita Harian Online.

Kerajaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik

2012/02/11

IPOH: Masalah kemerosotan minat pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah turut termasuk dalam kajian semula sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kajian yang dilakukan secara menyeluruh itu dijangka siap sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

“Kajian menyeluruh setiap bidang mata pelajaran akan diambil kira. (Akan kaji) di mana kelemahan dan bagaimana untuk diperkukuhkan (sains dan matematik),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kurangnya minat pelajar untuk mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini dilaporkan berkata, kementerian memandang serius isu kemerosotan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik iaitu hanya 37 peratus dalam bidang sains dan 29 peratus saja bagi sains tulen. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my

Pada pendapat saya, perkara ni berlaku sebab dah ramai yang sedar bahawa tak berbaloi belajar susah-susah tapi susah nak dapat kerja dan gaji yang dibayar pun tak setimpal dengan bidang yang diceburi.

Macam saya dulu, kononnya glamer sangat jadi Engineer. Sedangkan gaji saya lebih rendah daripada gaji rakan saya yang menjadi guru.

Sekarang ni kalau ibu bapa minta pendapat saya, saya memang tak syorkan anak-anak ambik bidang sains.

Lebih baik ambik bidang yang senang belajar, tapi peluang kerja banyak dan gaji pun tinggi. Tak pun ambik bidang keusahawanan.

Untuk anak saya pula, saya cuba dorongkan dia supaya minat untuk mendalami ilmu agama. Supaya dapat berbakti kepada orang lain.

Bukan apa, ramai yang ambik bidang Sains akhirnya terpaksa berbakti pada tauke-tauke kilang dengan bayaran gaji yang rendah.

Pendek kata, salah satu cara untuk menarik minat rakyat untuk meminati bidang sains dan teknologi adalah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan pekerja profesional dibayar berpadanan dengan kepakaran mereka.

Kalau ikutkan dulu saya pernah rasa ingin berhijrah dan bekerja di luar negara. Sebab pada masa tu saya dan suami bekerja sebagai jurutera tapi jumlah pendapatan kami hanya dalam lingkungan RM4000 sebulan. Hidup cukup-cukup makan, paras-paras hidung.

Ini sekadar pendapat peribadi saya. Mungkin jugak sebab saya dulu tak begitu cemerlang di peringkat Ijazah. Saya tahu ramai je yang dapat kerja bagus dengan gaji tinggi.

Tapi atas pengalaman ni, saya memang tak syorkan orang yang rapat dengan saya untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Tapi kalau nak jadi blogger, ya saya syorkan. 😉

Tagged on: , ,

7 thoughts on “Pendapat Saya Tentang Kemerosotan Minat Pelajar Dalam Jurusan Sains & Matematik

  1. Ruzlam

    saya bersetuju dengan pendapat kak fadz… kalau adik2 saya minta pendapat ttg universiti mana yg bgs nak masuk saya akan tanya mereka kembali… adakah mereka akan memperolhi kerja dari jurusan yg diambil? bg saya tak guna keluar dr universiti tp akhirnya menganggur..

  2. Aslam

    Pendapat saya, belajar la setinggi mana yg boleh. Kalau boleh dapatkan master or phd. Bermula dari bwh. Cuba dapatkan aktif income yg besar dan melabur dlm instrumen seperti properties.. Barulah boleh dpt the real
    Passive income.

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Saya pun setuju belajar sehingga ke peringkat Masters dan PhD. Dan saya rasa IPT juga patut tekankan ilmu keusahawanan supaya pelajar yang dah habis belajar ada idea dan bersedia untuk jadi usahawan jika tak dapat cari kerja yang bersesuaian.

  3. ridz1

    salam,
    bab tak setimpal tu saya setuju, belajar cam nak terkeluar urat otak tapi gaji x setimpal…cam saya amik engineering glamour la konon..tapi gaji ciput..sebab tu ramai cerdik pandai kite prefer ke singapore contohnya sebab gaji masyuk..pikir2 balik rasa nyesal plak amik course ni…
    saya sendri nasihatkan adik2 saya jgn amik sains baik pi jadi accountant,lawyer ke…No wonder byk talent2 msia keje luar sebab msia treat depa nie cam sampah je…sekarang serve u right malaysia dah terhantuk kepala baru nak terngadah…Pas2 cikgu2 kat sekolah sendiri tak minat n advise budak jgn amik aliran sains…sebab buat cacat result sekolah je nant..kesian bdk2 sains dulu,dahla susah kena amik subjek bm,bi literature lagi…versatile sangatla konon…saja nak tambah beban… saya dulu ex sbp..saya juga nasihatkan adik saya jgn join sbp…sbp nie cam wat baju one size fits all..maksud saya sistem die…saya rasa bdk2 sbp kalo diorg dok luar sbp diorg akn lebih excell.. sbp poyo sistem die terbaik walhal tidak…sistem sbp rigid n x fleksibel…displin tak bertempat..

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Saya rasa sistem pendidikan zaman sekarang memang mengikut dasar kapitalis, iaitu mencipta golongan pekerja.

      Jadi, kita sendiri perlu berusaha untuk lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi majikan dan seterusnya mengubah nasib diri dan keturunan kita.

  4. EX ENGINEER

    STUJU TERAMAT DENGAN PENDAPAT KORANG SUME…..JADI ENGINEER LEBIH2 LAGI DALAM BIDANG INDUSTRI AMAT LA TERUK, PENGALAMAN SELAME 2 THUN BYK MMBERI PENGAJARAN. BUKAN TIDAK BERSYUKUR TETAPI DILAYAN SEPERTI HAMBA WALAUPUN BERPANGKAT ENGINEER. ADOYAI. STRESS MEMANJANG BALIK LEWAT WEEKEND KERJA. GAJI TAK SEBERAPA. ITULAH HAKIKATNYA. INDUSTRI YANG BAIK UNTUK ENGINEER DI MALAYSIA NIE ADALAH OIL N GAS DAN CIVIL. TETAPI BUKAN SEMUA DAPAT REZEKI UNTUK JOIN OIL N GAS COMPANY DENGAN SYARAT2 YG KETAT + KRONI2 LEBIH DIUTAMAKAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *