Penat Sangat..

Masa hari terakhir di Vietnam dua hari lepas, kami pergi ke Sungai Mekong. Dalam perjalanan balik, saya duduk di bahagian belakang van. Perjalanan lebih 100km dan mengambil masa sejam setengah. Dan jalan pun tak okay.

Sampai hotel pukul 5. Kemas-kemas dan terus ke airport. Lepas tu naik flight balik dalam dua jam lagi.

Sampai Malaysia dalam pukul 11.30 malam. Settlekan luggage dan sebagainya pastu dan naik kereta balik ke rumah dalam pukul 12.30 malam dan sampai rumah dalam pukul 4 pagi.

Dari pagi semalam, rasa penat sangat. Dan hari ni masih terasa penat dan badan rasa sakit-sakit. Terutamanya bahagian bontot. Hahhaa.. pengakuan jujur betul ni.

Pagi tadi ada briefing tentang CAMS 2 di pejabat Public Mutual Johor Bahru. Lepas briefing, terus balik ke rumah ambik Saphira untuk buat urusan FOMEMA.

Mula-mula dah call imigresen. Dia suruh pergi pejabat imigresen. Bila dah pergi, ambik nombor dan tunggu. Sampai giliran saya, pegawai kat kaunter cakap tak perlu datang pon. Sebaliknya kena pergi buat check up FOMEMA dulu.

Dahlah penat, kena macam ni pulak. Geramnya…

Bila pergi ke tempat FOMEMA, dah ambik borang, kena turun fotostat passport.

Dah ambik nombor, rupa-rupanya kena bayar menggunakan bank draf @ wang pos pulak.

Penat dan geram bercampur-campur. Dahlah belum makan dari pagi.

Keluar dari pejabat FOMEMA, ternampak ada iklan syarikat yang sediakan servis bank draf untuk urusan FOMEMA.

Benda kacang je. Dia bayar guna CIMB Clicks dan bagi slip. Tapi kena bayar RM15. Kaya… kaya..

Lepas tu pergi semula ke pejabat FOMEMA dan tunggu giliran untuk buat pembayaran.

Apa salahnya pejabat FOMEMA ni sediakan servis fotostat dan juga online banking untuk kita transfer duit secara online dan print kat situ. Kena bayar mahal sikit pun takpelah janji semua urusan boleh settle di tempat yang sama.

Dah settle semua dalam pukul 4.30 petang dalam keadaan lapar dan dahaga sebab belum sempat breakfast dan lunch.

Singgah makan sekejap pastu balik dalam keadaan yang teramat amat penat.

Sekarang nak berehat sekejap. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *