Penat – Excited – Penat

Pukul 12 tengahari semalam check out dari Primula Hotel. Seronok juga bermalam kat sini. Breakfast sedap dan banyak pilihan. Bilik pun selesa. Harga buffet pun agak reasonable. Anak-anak pun happy sangat dapat mandi kolam.

Destinasi pertama Pasar Payang. Jalan-jalan survey kaftan dan barang kraftangan. Sambil-sambil makan Mee Sup yang awesome.

Seronok sangat jalan kat sini. Kain sutera cantik-cantik. Dahlah sekarang ada corak-corak Paisley yang sangat cantik. Rasa nak jual sutera pulak.  🙂

Kat sini, saya terpisah dengan suami sebab dia pun sibuk mengejar anak-anak. Sebagai isteri solehah yang tak suka pegang duit, saya cuma ada duit raya anak je kat dalam bag. Maklumlah bila keluar dengan suami, dia yang bayarkan semua benda.

Mula-mula tak plan nak beli apa-apa. Bila dah ada yang berkenan, baru teringat takde duit. Bila call suami pulak, dia dah masuk kereta dengan anak-anak. Nak pergi kat kereta dan patah balik memang tak sanggup sebab masa tu panas terik dan penuh sesak.

So end up saya korek-korek duit raya anak dan beli satu kaftan batik berharga RM28. Jadilah kan. Dari langsung tak ada.

Lepas tu singgah ambil ayah di rumahnya. Dan terus bertolak ke Nilai.

Jalan jem yang amat.

Ingatkan hari Isnin dah tak sibuk sangat. Tapi tidak. Kereta beratur di sepanjang perjalanan.

Sepatutnya boleh sampai dalam pukul 7 @ 8 tapi kami akhirnya sampai di Nilai dalam pukul 11 malam.

Menyesal sangat gerak hari ni. Sebab serius penat sangat sangat.

 

Seronok sangat jumpa family. Walaupun penat, tapi kembali bertenaga.

Sembang-sembang. Gosip-gosip. Luah perasaan. Macam-macam.

Siap main Scrabble dua round. Kali pertama mestilah kakak yang genius menang kan. 🙂

Kali kedua adik bongsu menang. Kakak bagi can je tu. 🙂

 

Serious seronok sangat sampaikan semua tak tidur sampai ke pagi.

 

Dalam pukul 10 pagi saya gerak ke butik Benang Hijau di Bangi. Kononnya nak singgah sekejap sahaja untuk ambil barang dan terus nak balik ke Johor.

Tapi bila dah sampai butik, mestilah ada banyak benda nak buat.

Pertama, call orang signboard. Nak bincang-bincang untuk buat signboard baru Benang Hijau di bahagian luar dan juga di bahagian dalam butik.

Sambil-sambil tunggu orang signboard datang, kami buat photoshoot sebahagian koleksi terbaru Benang Hijau.

Lepas tu suami cari plumber untuk tolong betulkan kebocoran air. Masalah ni dah beberapa minggu tapi serius tak sempat sangat nak cari plumber sebelum ni.

Pukul 4 lebih keluar makan di San Francisco Pizza. Kat sini Western Food dia boleh tahan. Saya order Pizza, Meatball Bolognese, Mushroom Chicken, Nachos With Beef, Brownies (served with ice cream), Iced Chocolate & Air Kedondong.

Jumlah makan untuk 5 orang sekeluarga hampir sama dengan sehelai baju kurung Benang Hijau.

Serius mahal sungguh harga makanan sekarang. Bukan makanan je. Memang semua benda makin mahal. Memang nak kena buat sesuatu supaya kita pun sama-sama dapat keuntungan daripada kenaikan harga barang.

 

Lepas makan, patah balik ke butik. Pilih barang-barang yang nak dibawa balik ke Johor. Dan dalam pukul 6 lebih kami bertolak pulang.

Naik je highway, saya terus tidur sehinggalah sampai di rumah dalam pukul 9 lebih. Heaven sangat bila bangun je dah sampai kat rumah. Tak terasa perjalanan 300km. Hihihi..

 

Sekarang ni tengah golek-golek menghilangkan penat sambil-sambil sibuk juga baca blog yang popular dan juga menyibuk baca status Facebook orang lain. Hahaha..

 

Esok pagi ada banyak urusan. Termasuklah nak pergi ambil bibik baru yang akan mula kerja esok di samping nak hantar barang ke semua outlet dan juga berjumpa dengan seorang staf baru Benang Hijau.

Kadang-kadang rasa macam kurang produktif. Kadang-kadang rasa produktif sangat. Tapi sebenarnya, as long as kita move forward, berjalan selangkah demi selangkah ke arah impian kita, memang kita pasti akan dapat apa yang kita nak.

Sehari satu langkah. Setahun 365 langkah di hadapan orang yang tidak bertindak tapi sibuk nak jadi juri awam kepada kehidupan orang lain.

Kalau sehari 10 langkah. Setahun 3650 langkah. Fuh.. banyak tu!!

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi jika panjang umur.  🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *