Penat Bercakap..

Pukul 7 pagi dan mula buat video koleksi terkini Benang Hijau untuk diupload di YouTube.

Sambil-sambil tu melayan panggilan telefon, SMS dan PM dari klien Public Mutual dan juga pelanggan Benang Hijau.

Pukul 11 pagi – 1 tengahari berjumpa dengan salah seorang ahli SMART Consultant Team.

Balik ke rumah untuk golek-golek dengan Baby Ali sekejap.

Pukul 1.30 tengahari ada appointment dengan seorang usahawan yang nak belajar buat blog dan juga Facebook marketing.

Sambung lagi bercakap sampai pukul 5 lebih.

Kalau ikutkan, memang penat. Tapi bila berbual dengan orang yang best, tak rasa masa berjalan. Tambah-tambah bila dapat berbual tentang topik yang saya suka iaitu internet marketing, memang bertambah best.

Balik rumah kepenatan sambil berwhats app dengan supplier kain dari Vietnam.

Lepas maghrib keluar untuk beli laptop untuk staf Benang Hijau.

Esok ada kursus Wasiat di pejabat Public Mutual Johor Bahru. Tengahari plan nak jumpa seorang klien.

 

Kepada yang mungkin sama-sama struggle untuk majukan bisnes macam saya, sabar dan terus buat ya.

Anggap perjuangan kita ni macam kita tanam pokok.

Memang la kita dah gunakan benih yang bagus, baja yang bagus dan tanam di tempat yang bagus. Tapi, takkanlah kita expect pokok tu terus besar dan berbuah dalam masa 6 bulan. Sekurang-kurangnya 3-5 tahun kan?

Tapi kalau kita tak tanam, sampai bila-bila pun kita tak dapat tuai hasil.

Kalau kita sekadar ambil upah untuk tanam pokok orang, rugilah kita kan? Sebab nanti bila pokok dah berbuah, orang lain yang dapat hasil tu. Kita tumpang tengok jelah..

Ok stop dulu. Serius tak larat.

Bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *