Pecah Rekod

Hari ni outlet di Airport Senai pecah rekod jualan.

Alhamdulillah… 🙂

Memang kita boleh bukak kedai kat mana-mana. Memang kita boleh jual macam-macam.  Tapi sebenarnya tak terlalu senang nak dapat jualan harian yang konsisten.

Cita-cita nak ada kedai di airport dah tercapai. Tapi kalau sales tak okay pun tak ada gunanya kan.

So, bila sales dah mula meletop ni, rasa lebih yakin dan bersemangat untuk tambah barangan lain.

InsyaAllah lepas ni nak masukkan koleksi baju kurung, blouse muslimah, jubah dan juga beg cotton ekslusif dari Benang Hijau.

Serius excited sangat.

 

Hari ni gatal sangat dok mencari shoplot untuk disewa @ dijual di kawasan yang hot di JB dan jugak di Jalan Plumbum, Shah Alam.

 

Sememangnya kalau kita nak sesuatu, memang kita boleh dapat. Percayalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *