Patut Pakai Bibik Atau Tak?

Pagi tadi selepas breakfast dengan Abang Iqbal saya terjumpa seorang rakan sekolah yang sekarang bekerja sebagai pensyarah di UTM.

Dia sedang sarat mengandungkan anak ketiga. Anak kedua dia sebaya Baby Ali. Masa sembang-sembang dia minta pendapat samada nak pakai bibik atau tak.

Pada pendapat saya,

Kalau anda tak rajin buat kerja rumah, patut.

Kalau anda suka keluar berdua dengan suami, patut.

Kalau anda sibuk dan nakkan masa yang berkualiti dengan keluarga di rumah, patut.

Kalau anda tak suka kehadiran orang ketiga, tak patut.

Kalau anda tak percaya pada suami dan risau dia ada hubungan dengan bibik, tak patut.

Kalau anda tak percayakan bibik untuk jaga anak-anak, tak patut.

Kalau rumah anda ada banyak barang berharga dan anda risau bibik anda mencuri barang-barang anda, tak patut.

 

Saya pun pernah ada pengalaman yang tak best. Saya pernah mengalami masalah bibik lari dari rumah, bibik (yang sudah bersuami dan pada mulanya alim) bercinta sampai tak tidur malam kerana bergayut, bibik yang masak ikan tanpa siang terlebih dahulu, bibik yang pengotor, bibik yang ada mengalami ‘turun darah’ sampai doktor nasihatkan saya hantar dia balik kerana dia boleh ‘collapse and die anytime’.

Tapi kehadiran bibik juga telah banyak membantu memudahkan hidup saya. Saya juga gembira dapat bantu orang yang susah. Dan kadangkala bibik berperanan sebagai penyokong nombor satu dan tempat saya mengadu. Ada juga bibik yang pandai masak dan saya suka masakan diorang. 🙂

Salah seorang bibik saya dulu pernah cakap,

Puan, saya sebenarnya takut nak datang sini bila dengar cerita yang buruk pasal majikan di Malaysia. Tapi saya datang jugak sebab saya fikir pasti ada yang baik.

 

Saya pun jawab,

Saya pun takut jugak. Tapi saya pun percaya pasti ada pembantu yang baik.

 

Sememangnya saya percaya ada pembantu yang baik dan saya pun dah berjumpa dengan beberapa orang bibik yang okay sangat.

Pendek kata,

It’s a gamble. But it’s worth it.

 

p/s : Sedang saya menulis artikel ni tiba-tiba dapat panggilan daripada kenalan saya yang mengadu bibik dia lari dari rumah.

Jadi, kalau nak pakai bibik, kena bersedia in case bibik lari. Maybe boleh pasang CCTV atau pesan pada jiran tetangga untuk perhatikan gerak geri bibik kita bila kita tiada di rumah.

2 thoughts on “Patut Pakai Bibik Atau Tak?

  1. Liya

    tgh pk2 juga nak cari bibik utk mudahkan urusan kerja rumah, boleh dating ngan hasben, dll, tapi risau juga takut takde privacy,,rumah pun takde lah besar sgt, nnt nak kentut kat rumah sendiri pun kena sorok2 hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *