Patut Ke Darjah 1 Dah Masuk Asrama?

Tadi saya terbaca tentang hukuman penjara yang dikenakan kepada seorang Ustaz yang telah menyebabkan kematian seorang pelajar berusia 7 tahun.

Saya tak sokong Ustaz tu. Dan saya taknak komen pasal kematian pelajar tu.

Yang ingin saya komen adalah tentang pelajar 7 tahun yang sudah dihantar ke asrama.

Pada saya, usia 7 tahun kecik sangat dan memang tak sesuai tinggal di asrama.

Pada usia ni budak-budak agak nakal dan ibu bapa memang perlu ada tahap kesabaran yang tinggi.

Jadi, saya rasa tak patut sangat hantar anak-anak sebesar ni tinggal di asrama melainkan kalau keadaan keluarga yang tersangat susah, anak yatim dan sebagainya.

Pada saya, hantar budak Tingkatan 1 ke asrama pun tak sesuai. Apatah lagi Darjah 1.

Seorang kawan saya yang dihantar ke sekolah berasrama pada Tingkatan 1 pernah berkata pada saya bahawa dia rasa agak tersisih dan kurang rapat dengan keluarga.

Dia juga menyatakan bahawa dia tak akan hantar anak dia ke asrama pada usia tersebut kerana tak nak anak dia mengalami perasaan yang sama.

Saya rasa bersetuju sangat dengan pandangan dia dan mungkin hanya menghantar anak ke sekolah berasrama ketika dia di Tingkatan 4. Apa pendapat anda?

2 thoughts on “Patut Ke Darjah 1 Dah Masuk Asrama?

  1. surynn

    Sangat setuju . Sbb x logik langsung hantar kanak2 7 tahun ke sekolah asrama. Saya pun start asrama masa Form 1. Dan sy tak akan hantar anak2 saya ke asrama sbb pengalaman yang tak menarik. Kalau blh nak paling lama boleh bersama anak2..dan sayang mereke lebih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *