Pantang

Pantang betul bila orang mungkir janji.

Sebelum ni berurusan dengan seorang tailor di Bangi.

Sebelum tempah baju kurung katanya sehelai RM25. Bila dah siap letak harga sehelai RM40.

Saya geram je. Tapi sebab malas nak gaduh saya terus tak tempah lagi.

Yang terbaru ni saya tempah blouse dari kain chiffon. Sebelum tempah katanya RM25 sehelai.

Dah dekat dua bulan tempah.

Malam ni SMS katanya dia caj lebih mahal sebab kain chiffon.

Padahal sebelum tempah dah tahu kain chiffon.

Kenapa bila dah siap nak tukar harga pulak.

Memang bikin panas.

Nampaknya lepas ni memang taknak tempah apa apa lagi dengan dia.

Kalau macam ni cara dia berniaga, saya tak yakin dia boleh terus berkembang maju.

Sebab kalau nak berkembang maju memang kena gentle.

Walaupun kurang untung, tapi kalau dah janji harga sekian sekian, kenalah ikut perjanjian asal.

Kalau rasa tak boleh untung, tak perlulah susah susah ambil tempahan tapi akhirnya pelanggan tak puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *