Pagi Yang Hangat

Pagi ni ibu mengandung ada appointment dengan tukang urut. Sakit badan sangat selepas hampir dua minggu menguruskan shawl koleksi terbaru.

 

Pukul 9 dah sampai rumah tukang urut. Kononnya nak menenangkan diri. Taknak fikir pasal kerja.

Pukul 10 sepatutnya shooting bermula dan saya pun dah bagi arahan siap-siap pada staf. Apa yang patut shoot dulu. Model mana patut shoot yang mana. Dan sebagainya.

Alih alih pukul 10 staf msg tak jumpa studio. Model pun tak jumpa studio.

Pukul 10.08 baru staf sampai tapi model belum sampai.

Pukul 10.35 model pertama sampai. Tapi bila tengok model sorang lagi belum sampai, dia nak keluar breakfast pulak. Tapi staf saya minta dia tunggu.

Pukul 10.45 model kedua sampai. Baru terhegeh-hegeh nak mekap.

Betul-betul start pukul 10.53 pagi. Saya book studio dua jam sahaja sampai pukul 12 sebab lepas tu studio memang full sepanjang hari.

Serius stress sangat.

 

Last-last plan semua dah kelaut. Kelam kabut shoot baju kurung dan shawl serentak padahal kalau ikutkan kena shoot satu satu sebab lighting baju dan shawl berbeza.

Staf pulak boleh tertinggal 9 helai baju kurung yang nak shoot.

Dan kesudahannya tak sempat shoot Bawal Naura dan Shawl Maryam. Cuma sempat buat tutorial sahaja.

Serius stress.

Dalam masa yang sama, ada la jugak masalah-masalah lain dengan staf di outlet.

Adui mencabar sungguh pagi ni.

Sampai kakak tukang urut pun pening tengok saya yang kelam kabut dok bagi arahan dari jauh.

Katanya, susah jugak jadi bos besar ya. Kena banyak sabar.

 

Ye betul. Memang kena banyakkkkkk sabar. Kalau rasa tak boleh deal dengan karenah orang, memang takleh jadi bos.

Kena maintain cool je walaupun dalam hati panas membara. Kena bagi banyak peluang pada staf sebab manusia biasa memang akan lakukan kesilapan. Kalau nak pecat semua pekerja, kenalah buat semua benda sorang-sorang.

 

Tapi kalau nak fikir positif pun boleh.

1. At least dah selesai shoot produk utama iaitu Shawl Nadeera.

2. Tutorial pun dah siap shoot. So shawl yang belum shoot tu boleh je susun cantik-cantik dan ambil gambar satu-satu.

3. Saya dah selamat mengurut dan badan rasa lebih selesa.

4. Operasi bengkel jahitan berjalan lancar dan petang ni pun ada sorang tukang jahit nak datang interview. So lepas ni insyaAllah ada 4 orang staf bahagian production.

5. Order terus masuk walaupun tanpa sebarang iklan sepanjang minggu ni.

 

Okay bye. Nak sambung packing order. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *