Pagi Sabtu Yang Produktif

Pukul 10 pagi tadi saya dan suami keluar makan Nasi Kerabu Lokman. 🙂

Pastu kami gerak ke AEON Permas Jaya. Tujuannya nak interview staf baru. Kat sana dah ada dua orang staf. Tapi nak tambah sorang lagi sebab kat sana ada 2 tapak jadi ada masa-masa diorang tak sempat nak melayan pelanggan.

Kali ni pilih pekerja yang lebih berpengalaman. Pekerja baru ni dah berumur 40 tahun. Yang bagusnya dia pandai cakap Cina. Lepas ni bolehlah praktis speaking Mandarin dengan dia. Wohoooo!!

 

Sambil-sambil tu sempat la beramah mesra dengan staf kat sana. Tanya apa masalah diorang. Apa yang customer selalu beli. Apa yang customer request. Ada tak perasaan tak puas hati pada bos. Hahaha.. Soalan last ni mungkin diorang tak jawab kan. Tapi takpelah at least saya tanya. Taknak la ada perasaan tak puas hati yang terpendam.

 

Sementara saya buat kerja saya, suami buat kerja dia which is pastikan kabinet dan railing berada dalam keadaan yang baik. Mana yang longgar dia ketatkan. Mana yang tak okay dia betulkan. Kemaskan wayar-wayar dan sebagainya.

 

Dalam perjalanan balik singgah Klinik Keluarga di Taman Pulai Perdana. Singgah ambil ubat untuk masalah sakit perut dan angin yang sering melanda semenjak saya mengandung ni. Sambil-sambil tu minta nasihat doktor tentang apa yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan untuk mengatasi masalah angin ni.

Selain masalah angin, saya pun ada masalah lidah terasa pahit je sepanjang hari. Doktor cakap masalah ni disebabkan angin jugak. So kalau dah makan ubat angin insyaAllah masalah lidah pahit ni pun akan hilang @ berkurangan.

 

Keluar dari klinik, singgah bengkel jahitan kat sebelah klinik. Rupa-rupanya bengkel jahitan ni milik klien Public Mutual saya jugak iaitu Kak Ita. So tadi sempatlah tanya-tanya kos jahitan untuk tudung lycra dan shawl dan juga tengok-tengok mesin jahit yang digunakan.

Dalam pukul 1.30 dah sampai di rumah yang manis. 🙂

 

Okaylah kan. Keluar pagi-pagi masa anak-anak masih tidur. Pastu tengahari dah settle.

 

Lewat petang semalam saya ada hantar email pada dua online platform yang popular untuk bekerjasama dengan diorang.

Satu dah reply dan minta maklumat lanjut tentang Benang Hijau dan saya pun dah reply semula.

 

InsyaAllah kalau ada rezeki untuk bekerjasama dengan diorang, lepas ni Benang Hijau mungkin lebih meletop.

 

Okay bye. Selamat berhujung minggu! 🙂

2 thoughts on “Pagi Sabtu Yang Produktif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *