Pagi Pagi Excited

Bangun pagi dah rasa sungguh excited.

Dah terbayang masa depan yang lebih cemerlang. InsyaAllah. 🙂

 

Alhamdulillah sales semalam sangat bagus. Airport Senai pecah rekod jualan dengan jualan melebihi jangkauan saya. Pastu outlet lain pun sangat bagus jugak. Dan ini menjadikan total sales semalam lebih daripada sales hujung minggu. Wohoooo!!

 

Next week nak photoshoot Shawl Nadeera Printed yang terbaru dengan team Serindit Photo. First time nak bekerja sama dengan diorang ni. Tak tahan tengok gambar-gambar diorang cun banget.

Shawl koleksi terbaru ni warnanya ceria sangat. Memang puas hati memilih.

 

Dah settle nanti, plan nak gunakan gambar tu untuk iklan di Harian Metro dan juga secara online. Tak sabarnya!!!!

 

Semalam terbaca kisah-kisah downlines yang tak puas hati dengan upline dalam bisnes networking.

 

Sebenarnya benda-benda melibatkan emosi macam ni yang menyebabkan saya menceburkan diri ke bisnes konvensional.

Memang tak semua upline baik. Ada yang tamak. Pentingkan diri. Ajar benda yang tak betul. Ajar downline supaya mengagung-agungkan barangan berjenama. Curi downline orang. Macam-macam.

Tapi ada juga upline yang baik. Ikhlas nak berkongsi peluang. Korbankan masa dan tenaga untuk berkongsi ilmu. Tak lena tidur fikirkan macamana nak bantu downline supaya berjaya. Cuba yang terbaik untuk puaskan hati downline.

 

Tapi bila downline dah pandai, ada yang mula sombong. Mula tak puas hati dengan komisyen upline. Mula rasa upline dia tak guna. Pastu nak tukar group. Nak join group yang dia rasakan hebat. Mula menjauhkan diri dari upline.

Ada yang tak redha komisyen upline. Mengumpat kat belakang. Hasut kawan-kawan keluar dari group. Pulaukan upline. Buat upline macam musuh.

 

Buat bisnes networking kononnya nak kerja sekali income berkali-kali. Tapi bila dah jadi macam ni, memang tak best.

 

Tapi….. ada jugak downline yang sangat best. Yang jadi BFF. Yang jadi macam saudara kandung sendiri. Yang menceriakan hidup. 🙂

 

Personally saya rasa bisnes networking sesuai untuk orang yang cekal, kurang sensitif dan sangat positif. Saya ni positif, cekal tapi sensitif dan mudah emo. Pendek kata, kurang sesuai!!!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *