Orang Miskin Yang Tak Sedar Diri

Hari ni rasa nak berceloteh pasal topik di atas.

Tak sedar diri yang saya maksudkan adalah kerana mereka suka mengeluh seolah-olah merekalah yang paling malang dalam dunia ini.

Walaupun mereka susah, tapi mereka dianugerahkan dengan kesihatan dan kepandaian.

Memang betul mereka kurang senang. Tapi mereka masih mampu makan makanan yang enak dan masih tinggal di kediaman yang selesa.

Ramai lagi yang lebih miskin dan lebih teruk nasibnya daripada mereka.

Tapi mereka lebih suka membandingkan diri dengan orang yang lebih kaya dan merasakan bahawa Allah tidak adil. Mereka juga seolah-olah menyalahkan takdir kerana tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang.

Nauzubillah..

Ya Allah saya rasa takut bila dengar mereka berkeluh kesah. Kalaulah Allah tarik nikmat yang dah dikurniakan, mungkin pada masa itu barulah mereka sedar bahawa semua nikmat yang diterima adalah rahmat dari Allah.

Kalau kita rasa kita susah, sedarlah bahawa ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Bersyukurlah kita berada di bumi yang aman dan makmur.

Dalam pada kita sibuk memilih lauk di pasar, sedarlah bahawa ada saudara seIslam yang sedang kelaparan disebabkan peperangan dan bencana alam.

Dalam pada kita sibuk mengeluh tentang kesusahan kita, sedarlah bahawa Allah memberikan kita nikmat bercakap, sedangkan ramai yang ditakdirkan bisu.

Dalam pada kita sibuk dengki melihat kesenangan hidup orang lain, sedarlah bahawa Allah memberikan kita nikmat penglihatan, sedangkan ramai yang ditakdirkan buta.

Dalam pada kita sibuk mendengar kisah-kisah kebahagiaan orang lain, sedarlah bahawa Allah memberikan kita nikmat pendengaran, sedangkan ramai yang ditakdirkan pekak.

Bila kita bersyukur, hati kita menjadi lapang. Yang sedikit menjadi cukup. Yang banyak menjadi lebih.

Kalau tetiba terlintas di hati untuk membuat perbandingan dengan hidup orang yang lebih senang, jangan lupa buat perbandingan dengan orang yang lebih susah.

Janganlah jadi seorang manusia yang tidak sedar diri dan tidak bersyukur.

Jadilah orang yang bersyukur

4 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge