Orang Demam Yang Produktif

Dalam kedemaman, pagi ni sempat masak.

Pastu singgah kedai Benang Hijau di Umall Skudai kejap sementara staf ke pejabat pos.

Pastu berjumpa seorang business partner. Sebelum balik dia hadiahkan satu tin biskut sedap. Rasa terharu sangat. Padahal rasa cam tak la banyak sangat tolong dia. Tapi bila dia bagi hadiah, rasa nak menitis air mata.

Pastu seorang lagi business partner iaitu Cik Azie datang ke kedai. Sembang-sembang kejap. Diselangi dengan kedatangan pelanggan yang nak beli kain. Pastu kami sambung perbincangan di Restoran Singgah Selalu di Umall Skudai.

Azie baru sahaja resign pada akhir Disember yang lepas untuk menjadi UTC full time. Fuh, respek sungguh dengan Azie. Kali ni dia memang nekad nak merubah hidup dia. Tergamam jugak saya bila dengar dia resign. Sebab memang tak sangka.

Tapi saya pun gembira sangat. Sebab saya memang yakin dengan potensi kerjaya Unit Trust Consultant. Dan saya sendiri dah mendapat passive income yang lumayan dari kerjaya ni.

InsyaAllah minggu depan nak keluar mengganas dengan Azie. Mungkin kami akan buat aktiviti terjah bersama-sama Kak Yati Meletop jugak. Exciteddddd! 🙂

Balik rumah untuk solat pastu pergi ke JPJ bersama suami untuk selesaikan tuntutan insurans kereta ayah.

Pastu singgah KIP Mart Tampoi untuk beli lauk.

Malam ni suami request nak makan Ikan Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar.

Wah wah jadual macam tak demam.

Harap-harap esok bertambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *