Orang Berniaga, Dia Sibuk Nak Enterframe

Dalam dua minggu lepas, ada satu gerai baru beroperasi di tepi jalan berdekatan rumah saya.

Gerai ni berniaga nasi bungkus dan kuih-kuih.

 

Beberapa hari pertama, peniaga tu muka macam malu-malu je. Macam segan je tetiba duduk berniaga tepi jalan.

Bagi memberi semangat kepada peniaga baru, saya pun singgahlah beli nasi bungkus dan kuih muih.

Nasi Lemak dia boleh tahan sedap. Kuih pun boleh tahan. So okaylah lepas tu ada lagi beberapa kali singgah beli  nasi dan kuih kat gerai dia.

 

Beberapa hari lepas, terperasan satu gerai baru betul-betul sebelah kedai dia. Gerai pertama tu guna khemah Fama je. Tapi gerai baru khemah besi. Mungkin modal lebih kot.

Bila saya tengok, saya jadi sentap. Bila orang lain dah berniaga, ko sibuk nak enterframe. Sebanyak-banyak tempat, nak jugak menyibuk kat sebelah gerai ni.

 

Lepas tu diorang ni kalau duduk menunggu pelanggan tu kan, masing-masing mengadap ke arah lain terutama peniaga gerai baru. Tahu pun kau segan nak mengadap orang yang ko enterframe kan.

 

Suami saya pun langsung tak singgah gerai baru ni. Malas nak bagi sokongan katanya sebab dia pun tak setuju dengan tindakan peniaga kedua.

 

Masuk hari ni dah dua hari peniaga kedua ni tak berniaga. Mungkin orang tak membeli sangat la kot kat kedai dia. Baguslah. Padan muka.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *