Orang Baik

Dalam dunia ni ramai sangat orang yang baik.

Ada kawan baik yang sudi bantu bisnes kawan dengan ikhlas.

Ada pekerja baik yang rajin bantu bos dengan ikhlas.

Ada pelanggan baik yang menggunakan bahasa yang baik dan menggembirakan penjual.

Ada pekerja pos, pekerja bank, pekerja kedai makan, pekerja pusat servis dan ramai sangat orang makan gaji yang bekerja dengan ikhlas dan berikan servis yang sangat baik kepada pelanggan.

Alhamdulillah.. happy sangat bila dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Setiap hari jumpa orang baik. Cakap telefon dengan orang baik. Mesej dengan orang baik. WhatsApp dengan orang baik. Chat di FB dengan orang baik.

Tapi ada juga orang baik yang pelik sikit. Hahaha..

Pelik sebab bila kawan bagi diskaun sekali, terus dia taknak beli lagi. Sebab dia takut kawan dia untung sikit bila jual kat dia sedangkan boleh dapat untung lebih banyak bila jual pada orang lain.

Dia tak tahu sebenarnya kawan dia dapat kegembiraan yang besar bila tengok dia pakai barang yang kawan dia jual. Walaupun untung tak banyak, tapi kegembiraan tu sangat banyak. 🙂

Sorang lagi orang baik yang pelik adalah orang baik yang taknak makan dengan kawan dia sebab takut kawan dia belanja.

Dia rasa bersalah dan malu sebab kawan dia suka belanja.

Dia tak tahu kawan dia belanja sebab kawan dia dapat kegembiraan yang jauh lebih besar bila dapat meluangkan masa bersama dia. Kegembiraan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Dan sebenarnya kawan dia pun rasa duit yang kawan dia belanja tu pun tak berpadanan dengan kegembiraan yang kawan dia dapat bila dapat makan bersama dia.

 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah…

Saya pun nak jadi orang yang baik jugaklah.. 🙂

 

p/s : Ada tak orang baik yang nak kerja di sekitar Bukit Indah, Johor? Saya perlukan 4 orang pekerja untuk outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah dan juga Tesco Bukit Indah. Kepada yang berminat, boleh hubungi Pn Fadz/En Wan di talian 0167728950.  Kalau anda ada kenalan yang baik, tolong warwarkan ya. Tq tq tq!

2 thoughts on “Orang Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *