On Track

Pagi ni terjaga pukul 4.30 pagi.

Tak lena tidur sebab rasa bersalah pada diri sendiri.

Sejak kebelakangan ni, saya memang kurang fokus pada bisnes. Sibuk fikir pasal masalah kesihatan dan juga banyak habiskan masa tengok drama bersiri.

Sebelum ni saya layan drama The Good Wife (Season 1 – Season 4) dan sekarang layan drama The Suits (Season 1 – Season 2).

Bila tengok cerita lawyer, rasa best pulak jadi lawyer. Macam best je. Macam hebat je. Hihihi..

 

Semenjak mengandung, saya dah jarang pergi ke outlet-outlet Benang Hijau di sekitar JB. Risau jugak bila jarang pergi. Risau susunan barang tak okay. Risau pekerja curi tulang. Risau bisnes makin drop.

Hari Khamis lepas pergi ke 3 outlet untuk bayar gaji pekerja. Hari Sabtu pergi 2 outlet untuk interview pekerja baru. Dan semalam pergi ke 2 outlet untuk hantar barang baru.

Rasa okay sikit. Rasa dah kembali on track. Dan Alhamdulillah sales sekarang pun okay walaupun dah nak masuk pertengahan bulan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *