Off to KL

Pukul 12.28 malam. Saya dan suami dalam perjalanan ke Hotel Sunway Pyramid Resort & Spa.

Kononnya nak gerak siang tadi tapi memang tak sempat.

Jadi kami gerak lepas Isyak.

Mula-mula pergi ke outlet di Umall. Pastu singgah Jusco Taman Universiti. Dan akhir sekali singgah ke Jusco Bukit Indah.

Hantar barang dan ambil duit jualan. 🙂

Alhamdulillah seronok bisnes trading ni sebenarnya sebab dapat gaji setiap hari. Hihihi..

Ada lagi 136km untuk sampai ke destinasi. Mungkin dalam pukul 2 pagi kami sampai.

Harap-harap tak ada masalah untuk check in. Kalau tidak, tidur dalam kereta la jawabnya.

Dalam perjalanan tadi bincang-bincang dengan suami. Rasa kesian dengan anak-anak. Asyik kena tinggal je.

Tapi suami bagi kata-kata semangat. Takpelah, tahun ni je kan. Lepas ni bila semua outlet dah stabil dah kurang sibuk.

Masa tu mungkin dah boleh employ seorang buyer untuk buat pembelian.

Amin.. Amin…

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *