Off To Guangzhou

Esok pagi saya akan berlepas ke Guangzhou. Urusan rasmi Benang Hijau Collections selama 5 hari sehingga 3 Jun 2013.

Dah pukul 1.43 pagi tapi belum sempat packing.

Hari ni pagi-pagi sibuk upload Shawl Nadeera yang baru shoot semalam.

Lepas tu proses order pelanggan.

Lepas tu pukul 2 petang bungkusan dari Vietnam sampai.

Ada lebih 200 pasang Baju Kurung Pahang Safiyya, 180 helai blouse Layla dan lebih 200 helai Shawl Najwa.

Lepas tu sibuk transfer duit pada supplier dan juga kepada pihak Karangkraf.

Lepas tu sibuk check dan bagi feedback kepada pihak Karangkraf untuk layout dan text yang akan masuk majalah bulan depan.

Lepas tu asingkan shawl.

Lepas tu saya dan suami pergi ke Bukit Indah. Tujuan utama untuk pickup pekerja part time (Cik Nadia, pelajar Tingkatan Empat yang sedang cuti sekolah) yang bertugas di outlet Tesco Bukit Indah. Dan lepas tu nak hantar rak besi yang nak digunakan untuk karnival Pra Ramadhan di Jusco Bukit Indah.

Selain tu hantar Shawl Najwa dan juga collect duit kedai.

Alhamdulillah.. sambil-sambil staf kira stok Shawl Najwa, terus ada beberapa pelanggan yang berkenan. Dalam masa kurang setengah jam, kami berjaya jual 4 helai Shawl Najwa. Happy sangat!!

Lepas tu hantar Nadia balik rumah.

Sampai rumah, sambung lipat dan asingkan baju, blouse dan shawl yang nak diposkan ke outlet Bangi dan nak dibawa ke Karnival Pra Ramadhan yang akan bermula esok.

Yang kelakarnya, sambil-sambil melipat, pembantu rumah saya yang bernama Saphira itu telah berkenan sepasang baju kurung. Kira dah terjual satu sambil-sambil melipat. Hihihi..

Sekarang ni berehat sebentar. Ada sikit je lagi yang perlu dilipat dan diasingkan.

Lepas ni nak packing baju untuk dibawa ke Guangzhou esok. Takpelah kalau tidur lambat pun. Esok boleh tidur dalam kapal terbang. 🙂

Harap-harap segalanya berjalan lancar semasa ketiadaan saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *