Obral..

Banyak sangat yang nak diceritakan tentang Bandung.

Serius best. Serius nyesal tak pergi dari dulu.

Walaupun kain di sana lebih mahal berbanding Vietnam, tetapi kos penghantaran adalah lebih murah. Lagi satu, ada banyak barangan lain yang sangat murah dan banyak lagi kelebihan berbanding Vietnam.

Obral adalah perkataan yang baru saya belajar.

Bila pergi ke kedai kain di Pasar Baru, saya banyak nampak tulisan Obral. Bila saya tanya Obral ni kain apa.. rupa-rupanya Obral tu bermaksud Sale.

Hahahhaa….

Patutlah banyak sangat kedai yang jual kain Obral. Rupa-rupanya Obral bermaksud Sale. Hahaha… serius tak pernah dengar perkataan ni.

Memang Guangzhou best. Tapi untuk wanita muslimah, saya rasa Bandung lagi best. Sebab pakaian yang dijual adalah pakaian-pakaian yang labuh dan menutup aurat. Banyak sangat pilihan. Sampaikan saya terbeli lebih 12 blouse. 2 skirt. 3 palazzo. 13 shawl. 3 seluar. Dan macam-macam lagi.

Mungkin ni jumlah biasa untuk wanita lain. Tetapi untuk saya yang sangat sangat jarang shopping, memang ni satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Seriously nak datang lagi. Tapi plan nak ke Jakarta dulu sebelum ke Bandung lagi. Kotlah Jakarta lagi best kan.

InsyaAllah bila ada masa saya akan update kisah terperinci di Bandung dan juga tips untuk peniaga yang nak memborong di Bandung.

Bye! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *