Ngeteh Dengan Orang Hebat

Petang ni jumpa seorang kenalan. Jumpa di Secret Recipe Jusco Taman Universiti.

Kenalan ni nampak biasa-biasa je. Naik kereta Viva je. Tapi….

1. Ada 3 biji rumah yang disewakan. Ada satu rumah tu, installment bulanan dalam RM500 sebulan tapi sewa dalam RM1600 sebulan. Pastu ada yang installment seribu lebih dan sewa dalam RM2500. Kiranya melalui sewa rumah, dia dapat pasif income lebih RM3000 sebulan.

2. Dia pun ada bisnes. Yang ni dia ada pengurus yang uruskan. Dia sekadar datang ofis untuk sign cek sahaja. Kadang-kadang sebulan tak masuk ofis. Kat sini pasif income paling sikit pun lebih RM4000 sebulan.

3. Dia pun ada pasif income dari bisnes lain. Lebih RM2000 sebulan.

4. Dia pun ada kerja freelance yang boleh bagi pendapatan bulanan yang lumayan.

 

Dia pun jenis yang merendah diri. Kalau bercakap, memang suka merendah diri. Dia pun bukannya jenis yang bergaya sangat. Atau suka tunjuk kaya. Memang biasa-biasa je. Dan dia pun tak la ambitious sangat.

Kalau bercerita dengan dia, takdelah dia dok fikir pasal nak kembangkan bisnes sangat. Sembang biasa-biasa je.

So, saya rasa sangat kagum dengan dia. Dan petang ni saya belajar banyak benda dari dia.

 

Sebenarnya apa yang dia capai ni memang boleh dicapai oleh sesiapa je. Sebab dia pun tak la struggle gila gila macam saya. Dia jenis yang slow and steady je. Tapi dia buat keputusan dan terus buat.

Slow tapi terus melangkah.

Dari segi umur, dia lebih tua dalam 2 tahun je dari saya. Tapi bila tengok progress dia dalam keadaan yang tak terlalu laju, tak havoc, biasa-biasa je, memang saya rasa sangat sangat kagum.

 

Kalau ikutkan hari ni agak sibuk.

Pukul 10 pagi hantar stok Blouse Layla terbaru ke kiosk Benang Hijau Jusco Taman Universiti. Pastu pergi ke Senai Airport untuk tengok susun atur butik yang baru oleh Dila & Faizah (student praktikal).

Pastu pergi TNB untuk tutup akaun kedai di Tesco Bukit Indah. Pastu pergi SSM untuk tambah maklumat cawangan dan untuk buka syarikat baru suami.

Sekarang saya adalah pemilik tunggal Benang Hijau Collections dan suami adalah pemilik tunggal Benang Hijau Trading.

Benang Hijau Trading adalah pembekal kepada Benang Hijau Collections. Jadi suami makan gaji dengan Benang Hijau Trading dan saya makan gaji dengan Benang Hijau Collections. Kami buat macam ni untuk bantu kami uruskan perbelanjaan syarikat.

Lepas tu pergi ke pejabat P1 Wimax untuk tutup akaun sebab line P1 sangat lembap dan menyakitkan hati. Pelanggan sebelum saya pun datang tutup akaun. Pelanggan selepas saya pun datang tutup akaun. Secara peribadi, saya rasa tak lama lagi P1 pun akan berkubur jugak. Sebab ramai sangat pelanggan yang tak puas hati.

 

Dalam pukul 5 lebih, sekali lagi singgah Jusco Taman Universiti untuk jumpa kenalan saya.

 

Sekarang (pukul 8 lebih), saya ada di rumah yang manis bersama suami dan anak-anak yang manis.

Kejap lagi nak buat proposal baru untuk jual tudung sepenuhnya di sebuah pasaraya. Lokasi dirahsiakan dulu in case ada pesaing yang baca blog ni. Hahhaha… jujur gila statement.

 

Okay bye. Nak mandikan Ali dulu.  🙂

One thought on “Ngeteh Dengan Orang Hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *