Ngade

Esok nak pergi Vietnam lagi. Kali ni pergi bersama 12 peserta yang nak belajar cara-cara memborong di Vietnam.

Dan bila nak pergi Vietnam, mulalah rasa sedih.

Sedih nak meninggalkan anak-anak dan suami tercinta.

Ngade kan.

Nak pergi. Siap bawa rombongan.

Tapi sedih sangat la kononnya.

Ni la perasaan seorang mak.

Nak kerja. Nak tingkatkan ekonomi keluarga.

Tapi sedih nak berpisah dengan anak.

Dulu masa kerja makan gaji pun sedih gak.

Selalu je nangis dalam kereta. Rasa kesian dengan anak.

Tapi kalau tak bantu suami, macamana nak dapat kehidupan lebih baik kan.

Dahlah saya ni bukanlah suri rumah idaman. Serius tak suka buat kerja rumah. Kalau duduk rumah pun tak de maknanya. Jadi lebih baiklah buat bisnes dan ambil bibik untuk buat kerja rumah.

Dengan kata lain, terpaksalah daku membawa diri ini ke Vietnam. Hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *