Nervous Nervous

Hari Rabu ni ada shooting dengan krew Wanita Hari Ini untuk topik ‘Menambat hati suami setelah berubah’. Memandangkan saya tinggal di Skudai, jadi kami akan buat shooting di butik saya di Bangi.

Dalam topik ni saya akan share bagaimana hubungan saya dan suami menjadi bertambah baik apabila saya menceburkan diri dalam bisnes.

Melalui bisnes, saya dan suami bekerja bersama-sama dan selalu travel bersama-sama.

Niat di hati nak jadi inspirasi kepada kaum wanita supaya lebih bersemangat untuk berbisnes dan membantu menambahbaik ekonomi keluarga. Dengan ini, insyaAllah secara tak langsung hubungan dengan suami pun akan bertambah baik.

 

Bila dah dapat call, terus tak senang duduk.

Tetiba rasa stress. Tapi excited.

 

Terus call Kak Yati. Kakak kandung lain mak bapak. Hahaha..

Kak Yati cakap, bagus Zila. Bagus sangat. Selalu orang kurus je yang masuk TV. Kali ni biar orang gemuk pulak. Jadi ikon wanita gemuk yang berjaya dan disayangi suami.

Hahaha… Besar tak tanggungjawab?

 

Bila dengar macam tu, rasa okay sikit. Kurang stress. Gemok pun gemokla. Hahaha!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *