Nampak Macam Awak Makin Sibuk Je..

Hehehe…

Kat atas ni adalah ayat-ayat yang selalu diutarakan oleh sahabat-sahabat saya semenjak saya memulakan bisnes Benang Hijau.

Kalau nak ikutkan kerja, memang banyak, tapi Alhamdulillah saya ada beberapa orang pekerja yang banyak membantu saya menguruskan bisnes Benang Hijau. 🙂

Macam hari ni, sepanjang hari saya berada di rumah bersama anak-anak. Memang betul sambil-sambil mengadap laptop dan adakalanya menerima panggilan dari klien dan prospek, tapi masih ada masa untuk memasak dan bergurau dengan anak-anak. 🙂

Alhamdulillah.. Bersyukur sangat.

Kepada para ibu yang mungkin dalam dilema samada nak bekerja atau nak berhenti, nasihat saya, berhenti jeeee…

InsyaAllah bila dah berhenti kerja, ada banyak benda yang boleh dibuat di rumah tetapi tetap boleh memberikan pendapatan lumayan.

Kalau tak percaya, cuba berhenti! 🙂

One thought on “Nampak Macam Awak Makin Sibuk Je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *