Nak Tahu Macamana Proses Buat Passport & Renew Passport?

Petang tadi saya dan suami telah pergi ke Pejabat Imigresen, Bangunan KDN di Taman Setia Tropika bagi urusan memperbaharui passport.

Ini kerana kami akan melancong ke Guangzhou, China yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual pada bulan Mei tahun ni. Wohooo! Excited sangat.

Kami sampai agak lambat dalam pukul 3.15 petang.

Sampai je, terus ambil borang. Isi borang yang sangat ringkas, pastu ambil nombor.

Dalam masa 5 minit, nombor kami dipanggil. Urusan di kaunter pun sangat ringkas dalam 5 minit jugak. Selepas tu tunggu giliran untuk membuat bayaran.

Proses menunggu untuk buat bayaran ni agak lama. Hampir sejam kami menunggu. Kami sempat singgah di cafeteria untuk minum-minum dan bila naik ke atas, perlu menunggu dalam setengah jam lagi.

Untuk proses buat bayaran ni, kalau kita nak minta orang lain atau pasangan kita buat pun boleh.

Selepas buat bayaran, pegawai tulis masa kita boleh ambil passport yang dah siap. Saya buat bayaran pukul 4.30. Masa yang ditulis adalah 5.15. Kira-kira 45 minit jugakla. Tapi pegawai tu cakap, pukul 5 pun dah boleh masukkan resit dalam kotak di kaunter pengambilan passport.

Pukul 5 saya masukkan resit bayaran dalam satu kotak. Lepas tu tunggu nama dipanggil. Proses menunggu untuk ambil passport yang dah siap ini amik masa dalam 45 minit.

Yang tak syoknya, proses ambil passport ni takde nombor. Mungkin memang macam tu prosesnya. Atau mungkin juga kat Pejabat Imigresen kat sini belum buat sistem nombor. Kat kedai keropok lekor Bukit Tok Beng pun ada sistem bernombor tau! 🙂

Dahlah terpaksa menunggu lama, nama pula dipanggil oleh pegawai. Kita tak boleh agak bilakah giliran kita. Jadi, kita kena alert sangat supaya tak terlepas. Pada saya, sungguh tak efisien dan tak menyenangkan.

20120213-184420.jpg

Semua orang menunggu nama dipanggil. 

Untuk proses ni, hanya pemilik passport je yang boleh ambil passport yang dah siap. Ini kerana pemilik passport perlu sign dan scan cap jari.

Lepas dah ambil passport, saya dan suami pun baliklah dengan perasaan riang dan gumbira.

Masa turun lif, ada sedikit kekecohan kat bawah kerana ada lif yang mengalami kerosakan dan ada orang yang terperangkap dalam lif. Masa tu pengawal keselamatan tengah berusaha untuk buka pintu lif.

Rasa kesian sangat pada yang terperangkap. Dahlah masa tu pun dah hampir pukul 6 petang. Harap-harap semuanya okay.

Maklumat Bayaran Passport & Apa Yang Perlu Disediakan

Dewasa :
5 Tahun : RM200.
2 Tahun : RM100.

Kanak-kanak (bawah 12 tahun) :
5 Tahun : RM150.
2 Tahun : RM100.

Apa yang perlu disediakan :

Untuk kali pertama permohonan :
a. 2 keping gambar passport.
b. Satu salinan IC
c. IC original.
d. Duit.

Untuk renew :
a. 2 keping gambar passport.
b. Passport lama.
c. IC original.
c. Duit.

Tips untuk gambar passport

a. Tak boleh pakai tudung biru.
b. Tak boleh pakai topi, songkok atau kopiah.
c. Rambut tak boleh menutupi mata.
d. Tak boleh pakai contact lens lain warna.

20120213-184415.jpg

Arahan yang ditampal di meja pengambilan nombor

Sekian sahaja laporan saya tentang proses buat atau renew passport. Semoga ia bermanfaat buat anda! 🙂

 

4 thoughts on “Nak Tahu Macamana Proses Buat Passport & Renew Passport?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *