Nak saya dengar dan tolong? Atau nak saya tolong dengar sahaja?

Hari ni nak share pengalaman berdepan dengan mangsa dera.

Saya pernah kenal dengan seorang wanita yang menjadi mangsa dera suami. Kalau dengar cerita dia, memang sangat menyedihkan. Suami pukul. Suami ada perempuan lain. Suami abaikan dia dan anak-anak.

Tapi penyudahnya dia tetap kembali pada lelaki tu.

 

Lepas tu ada kenal sorang lagi. Pun sama jugak. Mengadu kena pukul. Tapi tetap taknak berpisah.

Lepas tu ada kenal sorang lagi. Dari kecik didera keluarga angkat. Mengadu tak tahan dipukul. Mengadu sengsara sebab selalu dihina. Tapi tetap nak tinggal dengan keluarga angkat ni.

 

Pernah rasa give up nak tolong diorang ni. Rasa macam, suka hati kaulah labu. Kau yang sakit. Aku nak tolong, kau taknak.

Tapi bila fikir-fikir balik, rasanya diorang yang selalu kena pukul ni dah ada satu perasaan rendah diri yang teramat. Rasa macam dirinya tak berharga. Dan rasa macam dia memang tak layak disayangi dan dicintai. Dan rasa macam walau apa pun yang suami @ keluarga angkat buat, at least diorang sayang @ perlukan dia.

 

Mungkin jugak sebab sang pendera selalu dera secara emosi. Gunakan kata-kata hinaan. Gunakan kata-kata kesat. Sang pendera akan cakap, “Engkau ni memang tak guna. Engkau ni hodoh. Tak ada orang nak kat kau. Kau pergi mana pun sama je nanti. Sebab kau memang teruk. Dan tak ada orang sayang kau”.

 

Bila dengar kisah penderaan (samada secara fizikal @ emosi), memang saya rasa sedih dan bersimpati sangat. Dan biasanya saya akan cuba tolong (samada tumpangkan dia di rumah atau luangkan masa bersama dia supaya dia rasa masih ada yang sayang dan dia ada alternatif lain seandainya dia nak lari dari sang pendera).

Tapi kadangkala proses ini meletihkan. Mungkin sebab saya ni cepat emo. Jadi saya rasa kecewa bila mereka tetap memilih untuk bersama sang pendera. Sampai adakalanya saya rasa saya ni lebih teruk dari sang pendera sehinggakan mereka tetap memilih sang pendera berbanding saya.

 

Sekarang saya dah jahat sikit.

Bila orang bercerita masalah, saya akan tanya,

Nak saya dengar dan tolong? Atau nak saya tolong dengar sahaja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *