Nak Sangat..

Saya suka rumah yang cantik. Mungkin sebab saya tiada rumah mak ayah untuk saya balik.

Mak saya meninggal masa saya berusia 15 tahun. Pada masa tu ayah memang sudah mempunyai isteri muda.

Beberapa tahun selepas mak saya meninggal, ayah tinggal bersama ibu tiri manakala saya dan adik-adik saya tinggal bersama kak long saya.

Walaupun rumah yang didiami ayah sekarang adalah besar dan kelihatan gah, tapi hakikatnya rumah tu milik isterinya. Kedatangan saya dan adik beradik saya tidak disukai oleh ibu tiri saya. Jadi, kami memang tidak pergi apatah lagi bermalam di situ.

Kalau balik kampung, saya bermalam di rumah kenalan atau di hotel.  Sedih jugak sebab tak ada tempat yang boleh dipanggil ‘kampung’ tapi bila mengenangkan nasib orang yang lebih susah, saya malas nak ikutkan sangat perasaan sedih tu.

Disebabkan perasaan ini juga, saya bekerja keras untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.

Salah satu impian saya adalah untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang besar, cantik dan selesa. Ada bilik untuk setiap anak. Ada bilik yang selesa untuk pembantu-pembantu. Dan ada beberapa bilik khas untuk tetamu.

Suka sangat tengok rumah yang cantik.

Pada waktu lapang, saya akan surf Mudah.my atau website-website hartanah yang lain bagi melihat rumah untuk dijual.

Suka sangat berangan. Sebab saya yakin sangat impian saya pasti akan menjadi kenyataan.

Kalau di Skudai ni, salah satu tempat yang saya berminat untuk beli rumah adalah di  Fairways Perdana, Taman Sri Pulai Perdana.

Pernah juga ternampak beberapa iklan rumah di sekitar ni. Tapi tak menepati ciri-ciri yang sangat penting bagi saya iaitu :

Kawasan hadapan rumah mengadap taman bunga atau taman permainan.

Hahaha.. demand tak?

Salah satu iklan yang menarik minat saya boleh dilihat di sini. Berikut adalah gambar dari dalam rumah,

Cantik kan? Suka sangat tengok pokok-pokok hijau di luar rumah

Harga rumah ni RM800,000. Iklan ni dah lama. Dan kemungkinan besar rumah ni pun dah terjual. Kalau belum jual pun, saya belum mampu nak beli.

Tapi dalam tahun depan insyaAllah boleh.. 🙂

Jadi, jika anda mempunyai kenalan yang ingin menjual rumah yang mengadap taman di sekitar Fairways Perdana, sila maklumkan kepada saya ya. Saya memang nak sangat!

 

 

3 thoughts on “Nak Sangat..

  1. mrs lim

    rumah dua tingkat 24X90 untuk dijual.taman sri pulai perdana (perdana park home)gated.6 bilik.420k untuk rumah kosong.490k untuk semua branded furniture,elec stuff,cabinet.got renovation.jika berminat boleh hubungi mrs lim 016-9592696

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *