Nak Pergi Bangkok Atau Tak..

Tak sangka boleh ada dilema macam ni.

Sebelum ni memang sentiasa tertunggu-tunggu masa untuk melancong yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual. Tapi tahun ni berdilema pulak…

Kalau pergi..

1) Kena bagi passport pada pihak syarikat dan mungkin passport tu akan dipulangkan semula selepas sebulan lebih.

Maka tergendalah planning nak ke Vietnam, Guangzhou dan juga Bandung untuk bulan 3 & 4 ni.

2) Kalau nak bawak suami, kena topup duit. Kalau beli dengan syarikat, kena topup dalam RM2800. Kalau beli dengan orang, maybe dapat lebih murah. Tapi bukan senang nak dapat.

Suami cakap RM2800 tu boleh pergi mana-mana. Tak berbaloi pulak nak bayar untuk pergi Bangkok selama 3 @ 4 hari sahaja.

3) Kalau jual tiket saya, dapat duit sekitar RM2000.

Dan duit tu pun boleh guna untuk saya beli tiket pergi Guangzhou dengan suami sambil-sambil cari barang bisnes.

4) Tak ada mood nak pergi melancong sesaja

Mungkin sebab saya belum cukup kaya. Jadi rasa tak de mood nak jalan-jalan ikut rombongan melancong. Kalau rombongan memborong, saya suka. Kalau rombongan melancong, memang boring.

Macam sebelum ni pergi tengok tugu la, memorial la, istana lama la, memang saya tak minat. Dahlah waktu shopping biasanya kejap-kejap je.

 

Pagi ni ada UTC call nak beli tiket saya. Tapi dia mintak harga RM1700. Murah sangat kan. Jadi saya tak terus bersetuju.

Tengoklah macamana nanti.

 

2 thoughts on “Nak Pergi Bangkok Atau Tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *