Nak Operate Atau Tak?

Nilah yang bermain di fikiran saya semenjak beberapa hari ni. Samada nak operate cyst sekarang @ bersalin secara caesar dan remove cyst @ buat operation buang cyst lepas bersalin normal.

 

Dari minggu lepas, saya pilih untuk bersalin secara caesar + remove cyst.

 

Tapi semenjak dua hari lepas rasa sakit je kat bahagian cyst tu.

 

Doktor pun ada cakap bila baby makin besar, memang akan bertambah sakit sebab baby akan tindih bahagian cyst. Sekarang ni pun dah sakit, rasa ngeri je nak bayangkan bila baby makin membesar.

Pastu kalau cyst pecah pulak, memang kena buat emergency operation dan pada masa tu keselamatan baby juga akan terancam.

Adoiiiii…

 

Bila fikir macam ni, memang rasa nak operate sekarang. Tapi… takut sangat sebenarnya nak operate.

Dahlah doktor kata proses penyembuhan akan ambil masa dalam 4 – 6 minggu. Sekarang ni pun dah tak larat sangat, kalau kena operate, memang jadi OKU la jawabnya.

Pastu nanti nak bersalin lagi. Kalau tetiba kena bersalin caesar, nak kena operate lagi. Ngerinya…

 

Bulan 12 ni kena follow up semula dengan doktor pakar dan masa tu kena decide. Tengoklah macamana..

 

Dalam pada kurang sihat, excited jugak menunggu kelahiran baby. Kali ni rasa macam dapat baby girl je.

Excited!!!!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *