Nak Letak Tajuk Apa Pun Tak Tahu..

Dari hari Rabu yang lepas, saya dan suami travel berdua dan jadual kami sangatlah padat.

Hari Rabu pagi check up pregnancy.

 

Menurut doktor, cyst dalam ovari saya ni kedudukannya tak mengganggu baby dan baby pun takkan mengganggu cyst. So kalau taknak operate pun takpe. Boleh bersalin normal dulu. Lepas pantang cek semula keadaan cyst. Kalau cyst mengecut, mungkin tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau cyst maintain atau makin membesar, barulah kena operate.

Sebab katanya ada kemungkinan cyst saya ni membesar semasa saya mengandung disebabkan peningkatan hormon dan juga salur darah yang mengembang di kawasan ovari. Lepas bersalin, mungkin ia akan mengecut dan tak effect apa-apa.

Serius lega sangat lepas dengar penjelasan doktor.

 

Lepas tu kami balik rumah dan bersiap-siap untuk berpergian selama 5 hari (Rabu – Ahad).

Destinasi pertama adalah ke bandaraya Johor Bahru yang sangat dekat di hati.

 

Gerak dari KB dalam pukul 2.30 petang. Singgah makan Ikan Celup Tepung di Pantai Penarik. Singgah kejap jumpa ayah saya di bandar Kuala Terengganu. Jalan lagi. Singgah makan sekali lagi di sekitar Muadzam Shah. Dan akhirnya sampai di Johor Bahru pada pukul 5 pagi.

Pukul 9 pagi keluar breakfast dan suami hantar saya dan adik-adik praktikal ke Kompleks Usahawan Teknologi MARA.

Pukul 11 pagi diorang ada presentation dengan lecturer yang nak datang tengok apa aktiviti diorang sepanjang praktikal dengan Benang Hijau.

Diorang kemain nervous nak present. Saya pun nervous jugak sikit-sikit sebab ni kali pertama ambil student praktikal dan jumpa lecturer diorang.

Bagus sebenarnya ambil student praktikal ni. Sebab diorang ni ada banyak idea untuk bantu kita dalam bisnes.

Saya dapat student praktikal dengan cara iklan di website Majalah.com dan lepas tu diorang contact saya. Kalau nak terus berurusan dengan pihak universiti pun boleh.

Dalam pukul 1, urusan dengan lecturer dah settle. Saya pun balik berehat sementara suami clearkan dan bersihkan rumah sebab malam tu nak bagi kunci pada penyewa.

Petang tu singgah ke beberapa outlet untuk jumpa staf dan agihkan paperbag.

Dalam pukul 8 malam bertolak ke Bangi. Pukul 12 malam selamat sampai.

 

Rasa sayu sangat sepanjang perjalanan. Sedih nak tinggalkan rumah. Teringat kenangan pahit manis kat rumah tu. Masa kat outlet pun rasa sedih jugak. Rasa cam lepas ni dah makin jarang dapat datang ke outlet-outlet di Johor. Teringat jugak pada klien-klien dan ahli kumpulan saya dalam Public Mutual.

Ali suka ikut saya ke outlet Benang Hijau di Senai Airport. Sebab kat situ ada satu kedai yang jual kapalterbang mainan. Lepas ni memang confirm tak dapat bawa Ali ke sana.

Pastu teringat sahabat-sahabat di JB yang rapat dengan saya. Memang la lepas ni saya akan selalu pergi JB. Memang la lepas ni boleh je terus berhubung melalui telefon dan internet. Tapi entah kenapa, rasa sedih dan sebak sangat. Rasa macam hidup lepas ni dah tak sama macam dulu.

Sambil taip ni pun rasa sedih sangat. Bukan terlalu mudah nak berhijrah. Ada pengorbanan emosi yang besar sebenarnya. Meninggalkan orang-orang yang kita sayang. Meninggalkan orang-orang yang sayangkan kita. Pergi ke satu tempat baru. Memulakan hidup baru. Memulakan rutin baru. Membina perhubungan baru.

Kepada sahabat di JB, lepas ni mungkin kita jarang bertemu. Maafkan segala salah silap saya.

2 thoughts on “Nak Letak Tajuk Apa Pun Tak Tahu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *