Nak jugak!!

Selamat pagi Ahad!

Maybe ramai yang cuti hari ni kan. Tapi hari ni pagi-pagi saya dah kelam kabut.

Pukul 6.30 dah keluar dengan suami dan anak-anak. Mula-mula hantar suami ke airport Pengkalan Chepa. Pastu hantar Abang & Adi ke sekolah. Pastu balik rumah ambil Ali dan hantar ke sekolah PASTI.

Ali pulak hari ni mengadu..

Umi, Ali rasa penat sangat. Taknaklah pergi sekolah.

 

Amboi-amboi kecik-kecik dah pandai penat. Padahal bukan buat apa pon!

Bosannya bila suami takde. Maklumlah selama ni pergi ke mana-mana berdua. 🙁

 

Semalam sebelum tidur sibuk stalk IG bisnes yang popular dan juga socialite kat Malaysia ni. Aduii… rasa rendah diri sangat. Rasa macam jauh sangat nak mencapai ke tahap diorang.

Maklumlah diorang ni kebanyakannya Old Money. Kaya keturunan. Kita rakyat marhaen yang nak jadi New Money ni memang semput la sikit nak mengejar.

 

Bila mengadu perasaan jeles saya dengan kejayaan diorang, suami cakap bagusnya awak ni sebab jeles dengan orang berjaya. Kebanyakan orang lain tak kisah pun.

Entahlah bagus ke tidak. Tapi serius stress.

 

Bukanlah tak bersyukur tapi rasa cam ramai lagi New Money yang mencapai kejayaan lebih besar pada usia yang lebih muda. Nak jugak!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *