My Perodua Story : Kancil 850 Berwarna Emas Yang Membawa Sinar Kebahagiaan

Tadi terbaca pasal kempen My Perodua Story oleh pihak Perodua. Dan berikut adalah kisah Perodua saya..

Kereta pertama saya dan suami adalah Kereta Kancil 850 berwarna emas yang dibeli pada tahun 2002. Masa tu saya di tahun akhir pengajian ijazah di UTM Skudai.

Sebelum membeli kereta ini, suami menaiki motorsikal RXZ dan saya menaiki motorsikal Kriss Modenas yang dibeli menggunakan duit biasiswa.

Kami mengambil keputusan untuk menjual motor RXZ suami untuk dijadikan bayaran muka bagi membeli kereta ini.

Dan cara yang digunakan untuk bayar ansuran bulanan adalah dengan membuat perkhidmatan sewa kereta. Pelanggan utama kami adalah pelajar wanita.

Kalau ikutkan, memang sayang nak sewakan kereta baru. Tapi kami terpaksa kerana tidak ada sumber pendapatan lain.

Namun begitu secara tak langsung kami belajar tentang pemasaran, dokumentasi perniagaan dan perhubungan pelanggan.

Alhamdulillah perniagaan kecil-kecilan ini telah membantu kami untuk membayar ansuran bulanan dan juga menampung kehidupan kami selama hampir setahun sehinggalah saya bekerja dan mampu membayar ansuran kereta.

Pengalaman ini mengajar saya untuk hidup berdikari dan sedikit sebanyak menambahkan semangat keusahawanan di dalam diri saya.

Terima kasih Perodua kerana menjadi sebahagian kenangan indah di dalam hidup saya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *