Mood Baik

Hihihi…

Hari ni pagi pagi pergi ke tempat supplier mesin sulam sebab suami dan Creative Team nak pergi belajar software untuk mesin sulam.

Sementara diorang belajar, saya test mesin untuk print kain.

Ya Allah bestnya. Nak jugakkkk!!!

InsyaAllah kalau dah hampir settle payment untuk mesin sulam ni, bolehlah order mesin printing pulak.

 

Petang pulak ada appointment dengan konsultan yang sangat best. Bincang bincang tentang finance management. Dia sangat cool dan suruh kitorang fokus untuk kembangkan bisnes sahaja. Urusan filing filing reporting reporting jangan risau semua team dia boleh uruskan. Yeayyy!!!

 

Hari ni jugak jumpa 3 team member baru. Sorang Akaun. Sorang HR. Sorang Graphic Designer. Ketiga tiganya berpengalaman dan insyaAllah boleh bantu syarikat untuk terus berkembang dengan jayanya.

 

Pastu lewat petang pulak meeting dengan Sarah berkenaan projek terbaru kami di London.

InsyaAllah akan ke London hujung bulan ni untuk perkenalkan produk Benang Hijau.

 

Itu sahaja laporan gembira untuk hari ini.

InsyaAllah esok pun ada beberapa meeting yang best.

 

Nantikan update seterusnya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *