Money Saved Is Money Earned

Mula-mula buat bisnes.

Pastu kembangkan bisnes.

Pastu upah pekerja untuk uruskan bisnes supaya semua berjalan lancar tanpa kehadiran kita.

Pastu sentiasa fikir macamana nak tambah baik sistem @ operasi sedia ada.

Pastu fikir macamana nak jimatkan kos. Sebab kalau dapat jimat 10%, seolah-olah dapat naikkan sales 10%. In fact lebih kot. Macam dapat naikkan sales 15% – 20% kot. Sebab walaupun sales meningkat tapi kos pun meningkat.

Kesimpulannya, pemilik bisnes tak boleh statik. Tak boleh buat benda yang sama. Tak boleh berfikir cara yang sama.

Kena selalu fikir bahagian apa yang boleh jimat tanpa ganggu operasi.

 

Tapi janganlah kedekut sangat pulak. Tak kedekut tapi cuba cari alternatif yang lebih murah. Kalau selalu beli bahan mentah dengan supplier A, survey jugak supplier-supplier lain. Pertama, mungkin dapat supplier yang lebih murah. Kedua, sebagai alternatif in case supplier A takde stok atau ada masalah lain.

 

Semalam dan hari ni Alhamdulillah saya dapat berpagi-pagian di rumah yang manis dan ada masa untuk rancang strategi bisnes.

Ada yang komen tanya macamana saya handle pekerja dari jauh. 🙂

 

Sebenarnya untuk handle pekerja dari jauh, kena ada satu perasaan percaya kepada orang yang tinggi. Kena percaya bahawa pekerja adalah baik dan akan buat kerja dengan baik. Kena percaya dan bersangka baik. Tapi pada masa yang sama kena ada juga satu sistem untuk cek stok dan untuk pantau aktiviti diorang.

Pastu kalau ada pekerja yang bermasalah, cepat-cepat pecat dan ganti dengan pekerja lain. Jangan bagi peluang sangat. Sebab manusia ni susah sangat nak berubah. Kalau dah suka curi tulang tu, memang akan cari peluang je nak curi tulang. Kalau jenis yang rajin pulak, memang tak perlu suruh pun dah tahu apa kerja dia dan akan buat lebih dari kerja yang sepatutnya.

Yang pastinya, jangan terlalu ikut hati dan juga kena sentiasa tenang. Jadi bos tak boleh berlagak sangat. Kena hargai pertolongan pekerja. Tanpa pekerja, kita pun tak mampu nak uruskan semua. Jangan ingat kebaikan kita pada pekerja je. Ingat juga kebaikan dan pertolongan diorang pada kita.

InsyaAllah kalau kita jaga pekerja kita baik-baik, pekerja kita akan jaga pelanggan kita baik-baik dan peniagaan kita akan bertambah baik.

 

Saya pun belum berjaya sangat. Banyak benda lagi yang boleh diperbaiki. Catatan ni untuk ingatan diri sendiri jugak. 🙂

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi. Nak siap-siap untuk keluar dulu. 🙂

2 thoughts on “Money Saved Is Money Earned

  1. Tudung Labuh Online

    Saya pernah dengar Puan Ainon cerita tentang

    Majoriti usahawan lelaki lebih fikir pada growth

    Majoriti usahawan wanita fokus pada profit. Memang betul salah satu cara muda naikkan profit adalah cut cost.

    Bila saya baca artikel ni memang betul apa yang dikatakan akak dan puan ainon..

    Berjimat memang penting.. tapi jangan kedekut.

    Percaya pada pekerja pun sama. Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ni
    Tudung Labuh Online recently posted..Borong Tudung Muslimah Terkini Dari PutrajayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.