Mission Complete

Alhamdulillah misi outstation kali ni dah selesai.

Dah selesai order produk terkini untuk koleksi lepas raya.

 

Setiap kali travel, pasti dapat belajar sesuatu yang baru, jumpa orang yang baru dan jumpa peluang baru.

Jadi memang tak serik untuk travel lagi dan lagi.

Lagipun travel dua hari je. Pukul 9 pagi semalam bertolak. Pukul 10 malam ni sampai JB.

Kalau dah pindah ke Bangi nanti (insyaAllah dalam perancangan) lagi best. Pukul 1 bertolak dari rumah. Pukul 8 malam esoknya sampai di rumah.

 

Happy sangat bila dapat jalinkan hubungan yang lebih baik dengan supplier. Bila hubungan baik, segala proses jadi lebih mudah. Ada yang bagi saya ambil barang dulu untuk cuba jual. Kalau tak okay boleh pulang balik.

Pendek kata, hubungan baik dengan supplier memang sangat sangat penting.

 

Mungkin salah satu sebabnya adalah saya tak terlalu berkira tentang harga. Bila beli barang, saya bukanlah telalu tekan penjual untuk dapat harga terendah.

Yang penting saya dapat jual dan kami sama-sama untung. Sebab saya pun taknak orang jual dengan saya tapi dia tak gembira.

Dengan perhubungan yang baik dan sama-sama untung, urusan bisnes menjadi lancar dan sangat membahagiakan. 🙂

 

Next outstation trip yang dirancang adalah pada hujung bulan Ogos. Kepada yang berminat nak turut sama shopping @ memborong di Vietnam, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Saya buat ni sebab nak menambahkan kenalan yang baik-baik dalam bidang bisnes. Kalau anda orang yang baik, bolehlah hubungi saya. 🙂

One thought on “Mission Complete

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *