Mission Complete..

Alhamdulillah pencarian tukang jahit baru dah berjaya. Semalam dah interview dua orang tukang jahit. Pagi tadi diorang start.

Hari ni pulak interview lagi dua orang lagi tukang jahit dan terus suruh diorang praktis menjahit.

Suami cakap lepas ni jangan suruh beli mesin jahit lagi sebab dah tak tahu nak letak mana. Hahaha..

 

Semalam buat meeting syarikat. Meriah sungguh dengan lebih 30 orang pekerja. Teringat pulak zaman-zaman buat meeting unit trust dulu. Hihi..

 

Sekarang ni Alhamdulillah order tak putus-putus masuk. Masalahnya bulan puasa ni semua nak balik awal dan tak boleh OT. Jadinya memang perlukan lebih masa untuk siapkan order.

Bila dah sibuk sangat ni, teringat kenangan time tak sibuk. Time boleh lepak-lepak dan berbual mesra dengan kawan-kawan sambil menikmati kopi sedap.

Time boleh travel anytime.

Time boleh jalan-jalan window shopping.

 

Nak kata sekarang sibuk sangat sangat tu, taklah. Sebab saya pun ada banyak admin. Maybe sebab ada baby kecik yang manja dan saya pun kononnya nak jaga sendiri 100%.

Masa Abang Iqbal dan Abang Adi kecik dulu, 2 bulan dah kena tinggal di nursery. Pastu dalam perjalanan ke tempat kerja, rasa bersalah sangat. Sambil drive, sambil nangis.

Masa Ali dah okay sikit sebab dah kerja sendiri dan keluar sekejap sekejap je. Tapi kali ni Alhamdulillah boleh bersama Yaya 24 jam sehari.

 

 

 

 

2 thoughts on “Mission Complete..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *