Minyak Naik & Rakyat Naik Minyak

Siang tadi sibuk upload gambar kain Cotton terbaru. Lepas tu sibuk membalas komen. Memang la ada staff yang handle. Tapi kadang-kadang saya pun menyibuk jugak. 🙂

 

Lepas dapat panggilan dari WHI, terus gelabah mengenangkan signboard baru di Bangi yang belum siap. Dah lama bayar deposit tapi belum finalize artwork.

Ramai yang dok tanya bila nak naik signboard baru. Saya senyum je. Slow and steady kononnya.

So saya teruslah call syarikat signboard. Tanya diorang sempat tak diorang pasang esok. Suami pun cepat-cepat siapkan artwork.

Alhamdulillah settle. Kebetulan ada frame yang dah siap untuk pelanggan lain. So diorang pasang kat kedai saya dulu. Tapi frame ni mahal sikit sebab customer tu memang buat special request. Dia nak frame yang tak berkarat. Mahal dalam RM200.

Fikir fikir, takpelah. Layan jelah. Yang penting masa shooting nanti dah ada signboard baru.
Poyo sungguh kan. Padahal diorang nak shoot saya dan suami bukannya nak shoot butik. 🙂

 

Bila urusan signboard dah settle, rasa lega sangat.

 

Tapi ada satu lagi urusan tak settle. Dari siang tadi tak boleh login Maybank2u. Mula-mula ingatkan saya sorang je. Tapi bila ada pelanggan online request nak transfer duit esok sebab dia pun takleh login Maybank2u, confirm ni isu nasional.

Tergendala la proses-proses nak transfer duit hari ni.

 

Dalam pukul 6 konon nak keluar. Dah siap-siap nak keluar, teringat pulak nak hantar proposal untuk jual beg.

So saya siapkan proposal kejap. Simple je. Cuma masukkan gambar dan harga produk yang nak dijual.

Dah siap buat proposal, dah lewat sangat. Alang-alang keluar lepas maghrib la kan.

 

Pastu pukul 8 singgah hantar barang ke outlet. Pastu singgah hantar proposal.

Dalam perjalanan, jalan jem. Ingatkan ada accident. Rupa-rupanya orang beratur nak isi minyak. Kalau ikutkan minyak kereta pun dah nak habis, tapi suami cakap kita isi esok jelah. Tak sanggup nak beratur panjang.

 

Malam ni kat FB semua dok kecoh pasal kenaikan harga minyak. Memang cuma 20 sen yang naik. Tapi 20 sen tu dah lebih 10%. Mendadak sangat tu.

Confirm lepas ni harga barangan lain pun akan naik.

Orang kaya mungkin tak terasa kan. Tapi untuk orang kebanyakan, memang terasa sangat.

 

Saya dah malas nak cakap banyak pasal politik. Yang penting sekarang berusaha keras. Cari duit banyak-banyak. Mantapkan bisnes. Kalau dah kaya raya, 5 tahun lagi masuk bertanding.

Siapa setuju sila angkat tangan! 🙂

One thought on “Minyak Naik & Rakyat Naik Minyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *