Merisik, Melawat, Beraya & Bermesra

Pukul 10 pagi semalam suami pergi ke Bangi dan Shah Alam sorang-sorang untuk hantar stok terkini dan pasang railing baru.

Saya dan anak-anak pulak bersama adik beradik saya bertolak ke Segamat untuk merisik bakal isteri abang saya.

 

Keluarga perempuan ni memang jenis yang senang berkira sangat. Diorang tak tetapkan duit belanja dan sebagainya. Memang semua bergantung kepada pihak lelaki.

Tapi perbincangan tu agak lama jugak semalam sebab kami banyak bertanya tentang adat perkahwinan orang Johor.

Dalam pukul 3 lebih kami bertolak balik.

 

Dalam perjalanan, singgah Ayer Keroh untuk berjumpa dengan adik bongsu saya yang sedang belajar di Koley Yayasan Saad, Melaka dan akan ambil SPM tahun ni.

Hebat sangat kolej ni. Satu batch dalam 70 orang je pelajar. Satu sekolah dalam 300 murid je. Dulu saya kat MRSM pun, satu batch 300 orang.

Pelajar kat kolej ni memang kebanyakannya datang dari keluarga yang hebat-hebat. Anak menteri. Anak Tan Sri. Anak usahawan berjaya. Kalau tak silap, yuran untuk setahun dalam RM40,000.

Nak masuk kolej ni bukannya senang. Ada ujian saringan selama 3 hari dua malam. Untuk cek fizikal dan mental. Alhamdulillah adik bongsu saya dapat belajar kat sini. Dan dapat full scholarship.

Kiranya kolej ni untuk budak-budak bijak yang aktif bersukan. Yang bagusnya, kolej ni ada sediakan biasiswa untuk pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Bagus sangat kan. Kalau takde biasiswa, hanya anak orang kaya sahajalah yang mampu dan mungkin agak sukar untuk pihak kolej mengekalkan standard kecemerlangan. Dengan adanya sistem biasiswa, anak orang miskin berpeluang untuk bersaing dan pihak kolej dapat pilih pelajar-pelajar yang terbaik. Bijak sangat..

Syllabus kolej ni pun memang jauh berbeza dengan sistem persekolahan biasa. Dan kebanyakan alumni kolej ni akan sambung pengajian di luar negara. Target dia adalah untuk melahirkan pemimpin di masa akan datang.

 

Bila dah makin besar ni, saya makin nampak kepentingan sekolah-sekolah elit macam ni. Sebab pelajar yang belajar di sekolah elit akan mempunyai network yang superb dan ini pastinya akan membantu mereka dalam kerjaya @ bisnes mereka di masa akan datang.

Tetiba macam berminat nak enroll Abang Iqbal kat kolej ni bila dia dah masuk ke Tingkatan 1 nanti. Tapi Abang Iqbal ni pulak tak aktif sangat dalam sukan. Tengoklah macamana. Harap-harap ada rezeki. 🙂

 

Dari Melaka, kami bertolak ke Kajang untuk beraya di rumah pakcik di Sungai Ramal.

Sampai di Kajang agak lewat. Dekat pukul 7 petang. Suami pun ikut sama beraya. Pukul 8 lebih singgah butik kejap. Dan pukul 9 lebih terus bertolak balik ke JB.

 

Mujurlah suami tak ikut sekali ke Segamat. Kalau tidak, memang tak sempat nak settlekan semua urusan di Bangi & Shah Alam semalam.

Hari tu selepas tengok video Richard Branson, saya dah berjanji untuk jadi lebih visible dengan pelanggan.

Nak mengaku je saya pemilik Benang Hijau. Taknak low profile lagi.

 

So semalam masa kat butik ada sepasang suami isteri datang. Sebenarnya diorang ni tinggal agak jauh dari Bangi tapi diorang sanggup datang sebab nak mencari baju kurung untuk si isteri attend openhouse.

Bila dah mula berbual, saya pun tanyalah suami buat bisnes apa. Rupa-rupanya si suami ni kontraktor yang pasang lantai untuk gelanggang futsal @ badminton dan sebagainya.

Alhamdulillah.. rezeki betul.

Sebab suami saya memang bercita-cita sangat nak bukak gelanggang futsal @ badminton ni. Setiap kali ternampak, mesti dia sebut nak bukak. Tapi sekadar sebut la kan. Takde pun tindakan susulan. Nak survey harga ke. Nak ambil tahu pasal bisnes ni ke. Sebab kononnya tak bersedia sepenuhnya.

Tapi alang-alang dah jumpa ni, memang kitorang tanya banyak.

Pada saya, bisnes ni nampak sangat menarik. Sebab kita cuma perlu sediakan gelanggang je.

Macam bisnes butik ni, dah lah kena sediakan tempat, pastu kena sediakan stok lagi. Kena pilih corak kain. Kena fikirkan design. Kena fikirkan warna. Serius banyak keputusan nak kena buat.

Pelanggan tu siap ambil profile syarikat dari dalam kereta untuk bagi kat kitorang.

Sekarang ni nak start survey tempat-tempat yang strategik pulak. Duit belum ada. Tapi survey kan tak kena bayar. 🙂

 

Kat rumah pakcik semalam, kagum sangat dengan isteri pakcik. Tengah mengandung 7 bulan tapi sangat gigih sediakan hidangan untuk tetamu.

First time saya pergi beraya yang sediakan 3 jenis nasi dan 3 jenis air. Dahlah tak ada bibik. Serius rajin sangat sangat.

Saya berazam nak jadi lebih rajin memasak dan dapat jadi macam ni suatu hari nanti.

 

Sekarang saya masih di rumah. Kejap lagi nak keluar dengan Kak Yati Meletop. Mula-mula nak singgah outlet Benang Hijau di Airport Senai untuk bersemuka dengan pekerja bermasalah. Kena bawa duit lebih sebab nampak gayanya memang kena pecat terus.

Sebelum ni memang dah banyak sangat masalah. Hari ni pulak dia datang lewat 45 minit tanpa inform saya apa-apa. Dapat tahu dari staf lama yang dah lama bercuti sebab anak sakit.

Staf lama cakap dia terkejut sangat bila sampai dan tengok kedai dah dibuka. Dia siap tanya lagi, kenapa ada dua orang pekerja.

Amboi-amboi, suka hati je kan. Padahal dah beberapa hari saya call tak dapat dan SMS tak balas. Mungkin telefon ada masalah. Tapi takkanlah tak boleh nak hubungi bos untuk bagitau apa masalah.

Mentang mentang saya sibuk, suka hati nak datang lambat dan tutup awal. Macam la saya tak boleh cek dengan staf-staf kedai sebelah.

Kali ni memang dah nekad. You are fired!!!

 

 

One thought on “Merisik, Melawat, Beraya & Bermesra

  1. qoqoelma

    Tengah menggoogle psl Kolej Yayasan Saad pastu terjumpa blog sis ni. Rupanya sis owner benanghijau..hehee..selalu terjah IG benang hijau semenjak nak mula pakai tudung bawal semula ni. All the best sis (y)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *