Menyibukkan Diri

Hari ni pada awalnya tak sibuk sangat.

Pastu rasa gatal nak upload gambar shawl baru. Biasanya lepas hantar ke semua outlet baru upload sebab nanti staf di outlet akan packing dan poskan.

Tapi hari ni rasa tak sabar pulak. Jadi teruslah upload.

 

Alhamdulillah ramai yang dah order shawl baru. Suami pun tersenyum girang sebab kali ni dia yang pilih corak. Dia rasa bangga la sebab corak yang dia pilih mendapat sambutan. Hihihi…

 

Tapi rasa bagus jugak macam ni. Upload dulu dan proses order online dulu. Dan baki barulah dihantar ke butik dan outlet. Jadi nanti takdelah stok kat sana terganggu.

Pastu setiap minggu repeat proses yang sama sampai lebam. Hahahaha!!

 

Sebelum ni minat jugak nak buat bisnes barangan kecantikan @ kesihatan sebab macam senang je. Dapatkan testimoni yang power. Guna model cantik. Pastu iklan besar-besaran.

Tapi bila dengar pengalaman orang buat bisnes kecantikan ni, katanya bisnes macam ni cepat naik dan cepat sejuk. Masa mula-mula keluar memang best. Tapi lama kelamaan pelanggan beralih arah ke produk lain pulak. Jarang sangat ada produk yang boleh bertahan selama bertahun-tahun.

 

Pastu bila fikir fikir balik, saya pun ada kenal beberapa orang pengusaha bisnes kecantikan yang kemudiannya membuka butik dan lepas tu lebih fokus dengan bisnes butik.

So takpelah, fokus pada bisnes butik jelah (buat masa ni). 🙂

Kena tulis buat masa ni sebab saya ni kan gigih. Dalam kesibukan, sibuk jugak intai peluang lain. Di samping minat nak menceburkan diri dalam bidang hartanah yang tak pernah padam.

 

Dulu selalu rasa jeles dengan penulis buku dan novel. Yelah, sekali tulis boleh dapat royalti berpuluh ribu. Ada juga kenalan yang dah menulis novel dari zaman belajar. Masa tu punyalah rasa jeles dengan dia.

Tapi sekarang ni Alhamdulillah dah kurang perasaan jeles sebab dah nampak cara untuk dapat pendapatan besar dengan cara yang tak terlalu susah.

 

Okay bye. Nak sambung proses order. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.