Menyesal

Saya jarang buka FB tapi sesekali kalau buka akan check bahagian Memories tu untuk imbau balik aktiviti lepas.

Tahun lepas masa ni baru baru pandai berPhotoshop dan tengah gigih design tudung. Dua tahun lepas pulak tengah sibuk buat Warehouse Sale.

Bila difikir difikir derenung renung menyesal betul tak ajar anak. Last gigih ajar anak masa masih menetap di Johor. Gigih ajar anak membaca, baca Iqra dan baca Quran sampaikan Abang Iqbal khatam masa umur 6 tahun.

Masa tu kalau saya balik lambat pun anak anak tunggu nak belajar mengaji.

Pastu bila dah start buat bisnes Benang Hijau jadi tersangat sibuk dan hilang rentak nak mengajar anak.

Dah sekarang bila mood mengajar anak datang kembali serius rasa bersyukur sangat.

 

Sebelum ni fikir nak cari cikgu untuk ajar anak Bahasa Melayu. Tapi mengenangkan Ali yang tak takut cikgu saya kuatkan semangat untuk mula mengajar sendiri.

First step beli buku buku latihan.

Pastu bagitau diorang setiap hari kita akan belajar Bahasa Melayu dalam 40 minit supaya bila besar boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Alhamdulillah so far so good. Dah 8 hari dah kami bermula.

Ikutkan hati rasa tak sabarrrr sangat. Tapi sebenarnya tak perlu gelojoh sangat pun. Dalam mengajar anak (dan buat apapun) yang penting kena istiqamah.

 

Tengah semangat mengajar ni cakap kat suami rasa nak buat tuisyen percuma pada jiran-jiran. Suami cakap takyahlah. Awak tu sibuk. Ada baby lagi. Ajar anak je dulu. Hihihi..

 

Sekian posting terkini dari blogger tenggelam timbul. Jemput komen biar semangat blogging semakin membara. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.