Menyesal & Tak Menyesal

Menyesal buat appointment di KL pada malam minggu. Ya Allah jem sangat. Ambik masa sejam untuk jalan 6km dari Putra Permai ke lebuhraya Sungai Besi.

Dan sekarang kereta hampir tak bergerak walaupun dah tak jauh dari tempat appointment di Kampung Baru.

Dahlah appointment dengan dua orang. Sorang business coachee saya. Dan seorang lagi bakal UTC. Rancangannya adalah untuk present pada bakal UTC di hadapan coachee saya.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

 

Tak menyesal hantar anak Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Sebabnya hari ni Abang Adi menangis-nangis sebab kitorang tak kejutkan dia bangun sahur.

Semalam dia pesan suruh kejutkan dia bangun sahur sebab dia nak puasa tapi kami terlupa.

Bila dia bangun, dia menangis-nangis. Nak sangat sahur. Nak sangat puasa sunat.

Tak tahulah apa yang Ustazah cakap sampai macam ni sekali kesan dia. Memang kagum dengan Ustazah dia. Nak kena pergi berguru dengan Ustazah dia ni! 🙂

2 thoughts on “Menyesal & Tak Menyesal

  1. shakina

    Saya pon hantar ank ke Sekolah Rendah Islam Hidayah jugak, Alhamdulillah walaupon baru beberapa bln ank saya dah ada bnyk perubahan positif dlm diri. Syukur pada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *