Menyamar

Tadi terbaca di forum Cari pasal kes seorang lelaki menyamar sebagai Lela Jamalluddin dan menggunakan gambar seorang minah cun dari Sarawak. Siap dapat tackle pemain bola lagi. Legend sangat!

Lepas tu terbaca link ni.. http://eyesdiari.blogspot.com/2013/09/siapa-harith-farhan.html. Pendedahan tentang seorang lagi penipu yang menggunakan nama Harith Farhan. Yang bestnya, penipu ni perempuan.

Kerja dia adalah mengorat dan menipu duit perempuan lain. Siap create banyak-banyak ID di FB yang kononnya merupakan adik berada dan kawan-kawan dia. Fuh.. legend jugak!!

 

Sebenarnya masa belajar di UTM dulu pun saya pernah dengar kisah penipuan identiti macam ni.

Alkisah ada seorang perempuan hubungi saya dan minta no telefon kepada pakwe kawan saya.

Bila saya tanya kenapa, perempuan ni bercerita bahawa dia pernah kena tipu dengan pakwe kawan saya ni.

Mereka pernah bercinta masa perempuan ni di tahun 1. Percintaan yang sangat hangat sehinggakan si gadis sanggup menyerahkan kad ATM beserta no pin. Hebat tak?

Bila duit dalam akaun dah habis, si jejaka menyepikan diri. Si gadis pun mulalah cari si jejaka. Yang peliknya, dia dah tanya ramai orang tapi tak jumpa lelaki dengan nama dan kos pengajian yang dinyatakan oleh si jejaka.

Sampaikan si gadis minta bantuan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dan akhirnya dapat tahu bahawa si jejaka tu guna nama lain semasa mengorat dan bercinta dengan si gadis.

Hmm.. legend tak?

 

Bila jadi macam ni, saya pun ambil keputusan untuk maklumkan kepada kawan saya. Tapi masa ni kawan saya ni pun dah jatuh cinta tahap gaban dengan mamat ni. Lagipun dengan kawan saya, mamat ni guna identiti sebenar. Jadi kawan saya rasa mamat ni betul-betul ikhlas dengan dia.

End up kawan saya kawin jugak dengan mamat ni.

 

Saya pun dah lama tak jumpa kawan saya ni, apatah lagi dengan suami dia. Tapi dengarnya suami dia ni sampai sekarang bermasalah. Pinjam duit sana sini. Janji nak bayar tapi terus menghilangkan diri. Dan sekarang pun dah tak hubungi kawan-kawan terdekat.

 

Pada saya, kalau kita tahu bakal pasangan kita bermasalah, lari jauh-jauh. Jangan terlalu ikutkan sangat perasaan cinta remaja. Bukan apa, manusia ni memang susah nak berubah. Kalau dia dah pernah menipu, kebarangkalian untuk dia menipu dan terus menipu adalah sangat tinggi.

Tapi kalau rasa cinta sangat dan sanggup hadapi segalanya demi cinta, sukahati kaulah labu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *